Saturday, December 19, 2009

Wednesday, November 25, 2009

10 ZulHijjah 1430H / 27 November 2009M







SALAM AIDIL ADHA 1430 H
KEPADA SELURUH WARGA IMPI SERTA WARGA FAKULTI TAMADUN ISLAM, UTM.

Friday, November 13, 2009

Selamat Bercuti...



SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA

IKATAN MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM
(IMPI)







Wednesday, October 21, 2009

SALAM IMTIHAN...



MA'AN NAJAH FIL IMTIHAN AKHIR



"Study Smart" khas buat semua warga IMPI. Semoga minggu peperiksaan kali ini, kalian semua masih diberikan kesihatan, kekuatan dan semangat oleh Allah SWT. Seperti biasa setiap semester, masa inilah yang dianggap saat genting untuk menentukan setiap apa yang dipelajari itu memberi kesan kepada diri kita.

Untuk adik-adik Tahun 1 yang baru melangkah ke bumi UTM, selamat menempuh pengalaman pertama dalam menempuh peperiksaan akhir. Mungkin sama seperti sebelumnya, cuma yang berbeza hanyalah persekitarannya. Jika rasa ia pengalaman pertama, janga malu dan segan untuk meminta bantuan daripada abang-abang dan kakak-kakak senior. Mereka lebih berpengalaman.

Kepada senior-senior tahun akhir, kuatkan semangat untuk teruskan pengajian anda. Masa masih ada untuk memperbaiki segala kesilapan lalu. Susungguhnya setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Score yang terbaik untuk peperiksaan kali ini. Kepada mereka yang rajin menulis nota, jangan lupa untuk dikongsikan rahsia kejayaan anda bersama rakan. Ingatlah, kedatangan kita disini adalah untuk mencapai kejayaan bersama.

Istimewa buat pelajar semester akhir, penat lelah anda hampir pada penghujungnya. Tetapi harus diingat bahawa misi masih belum selesai. Masih jauh lagi perjalanan yang harus ditempuhi. Selepas ini cabaran dan rintangan dunia luar menanti anda. Jangan terlalu bimbang dan terlalu yakin. Gunakanlah segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi selama 3 setengah tahun pengajian anda di UTM. Perhubungan dengan pensyarah dan sahabat-sahabat perlu diteruskan walaupun sudah meninggalkan bumi UTM.

Kepada pelajar-pelajar tahun 2, salam imtihan diucapkan. Buat yang terbaik untuk masa depan anda semua. Kepada pelajar tahun 3, masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat kembali semula ke UTM. Diharap pengalaman Latihan Mengajar memberi impak yang besar kepada diri anda. Umumnya untuk semua pelajar SPI, anda semua bertanggungjawab dalam memastikan bahawa IMPI dikenali ramai disebabkan aktif dalam pelbagai aktiviti. Syukran. wassalam.

Friday, September 18, 2009

Salam AidilFitri 2009




Saf Pimpinan serta AJK IMPI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh pelajar SPI, staf-staf serta warga pendidik Fakulti Tamadun Islam. Selamat bercuti khususnya kepada pelajar SPI dan umumnya kepada pelajar UTM.

Nikmatilah syawal yang di nanti-nanti dengan keseronokan bersama keluarga tercinta. Di sebalik keseronokan syawal, jangan lupa kepada mereka yang berhari raya dalam kesedihan dan tangisan. Tidak kira di mana mereka berada.

Akhir kata, jangan lupa akan tugasan yang diamanahkan. Semoga berjumpa lagi pada 28 september 2009. Wassalam...

Sunday, September 13, 2009

Jom Ambil Peluang!!!

10 Malam yang Terakhir...
Dalam Bulan RAMADHAN...
Allah S.W.T menjanjikan khusus untuk Umatnya...
Satu Malam yang terkandung didalamnya amalan yang berlipat kali ganda...

Sunday, August 16, 2009

Majlis Multaqa SPI 09/10


Pada 13 Ogos 2009 yang lepas, Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam(IMPI) dengan kerjasama Fakulti Tamadun Islam telah menganjurkan Majlis Multaqa' SPI 09/10. Program yang dianjurkan ini adalah khusus untuk bertaaruf dan beramah mesra bersama pelajar-pelajar baru SPI bagi sesi 09/10. Program yang diadakan di Dewan Al-Ghazali, Pusat Islam UTM ini turut dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam di bawah kelolaan dekan fakulti iaitu PM Dr. Hussin Bin Salamon. Turut hadir sama, Pengarah Pusat Islam UTM iaitu Dr. Azhar Bin Muhammad pada majlis tersebut.

Wednesday, August 5, 2009

MARI BERKEMPEN !!!



Pihak Pro-Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (Pro-M UTM) menyokong penuh tindakan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) dalam membanteras gejala bonceng yang semakin berleluasa dikalangan mahasiswa UTM. Badan Bertindak UTM Zon Larangan Bonceng yang ditubuhkan oleh PMIUTM diharapkan dapat membantu pihak universiti menaikkan taraf kematangan sosial dikalangan mahasiswa UTM. Pro-M UTM percaya bahawa tindakan seperti ini akan mendatangkan kebaikan kepada mahasiswa dan juga universiti. Oleh itu, pihak Pro-M UTM menyatakan kesediaan untuk membantu PMIUTM dalam usaha murni ini.
Pro-M UTM turut menyeru mahasiswa-mahasiswa, persatuan-persatuan, JKM-JKM dan kelab-kelab di UTM agar bersama-sama membantu dalam menjayakan proposal rasmi badan tersebut. Semoga usaha ini diberkati ALLAH biarpun dipandang sebagai 'kerja bodoh' di mata manusia-manusia yang kurang faham. Memetik firman ALLAH dalam surah al-Anfal ayat 22:

"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan ALLAH ialah mereka yang tuli & bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran), iaitu orang-orang yang tidak mengerti."

Menurut pengerusi Pro Mahasiswa UTM, Saudara Azim Fahada, beliau setakat ini telah bertemu dengan Pengarah Keselamatan En Halim untuk mencerap idea bagi pembangunan sistem keselamatan UTM dan sekaligus membawa perubahan dalam isu kerosakan sosial UTM.

Dalam perkembangan yang lain, Pro Mahasiswa telah membuat satu pertemuan bagi mencapai kata sepakat mengenai isu ini dan bercadang untuk memberi sumbangan tenaga dalam siri-siri kempen yang akan dijalankan pada masa akan datang.
Tanyalah diri anda sebagai mahasiswa, di manakah anda dalam isu ini? Student..Power!!!!

PENGUMUMAN PENTING.....

PELANCARAN & CERAMAH SEMARAK RAMADHAN 1430H

TARIKH : 7 OGOS 2009 (JUMAAT)

MASA : 7.00 MALAM-10.00 MALAM

TEMPAT : DEWAN SOLAT UTAMA, MASJID SULTAN ISMAIL, UTM.

PENCERAMAH : Y. BERHORMAT DATO' HJ. NOH BIN GADOT
(PENASIHAT AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR)

ANJURAN : PUSAT ISLAM UTM & BAKES.


SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

Tuesday, July 28, 2009

RISALAH IMPI EDISI #3/09



Risalah IMPI Edisi #3/1


Risalah IMPI Edisi #3/2

Monday, July 27, 2009

SYA'ABAN YA SYA'ABAN...MARI PERBANYAKKAN AMALAN.

Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya :

"Barangsiapa yang mengagungkan bulan Sya'aban, bertaqwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat atau derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya didalam satu tahun ini dari segala macam bencana dan penyakit"

Tuesday, July 21, 2009

DOA BULAN REJAB, SYAABAN DAN RAMADHAN


SEMOGA MENJADI AMALAN KITA BERSAMA


Sunday, July 19, 2009

PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ

Petikan dari Khutbah Jumaat 17 Julai 2009, Pusat Islam UTM.
Oleh : Ustaz Faiz Bin Nordin, Pegawai Hal Ehwal Agama, Pusat Islam UTM.

Menurut sebahagian ulama, peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini adalah perjalanan suci Rasulullah saw bagi memenuhi jemputan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’, ayat 1 yang telah dibacakan sebentar tadi :

Maksudnya : “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Bagaimana pun sebelum berlaku Isra’ Mikraj, Rasulullah saw menjalani pembedahan dada yang dilakukan oleh Malaikat Jibril untuk membersih hati daripada ketulan hitam bernama ’alaqah iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya dan dimasukkan hikmat, ilmu, dan iman. Selepas itu Allah SWT mengatur program kerohanian untuk Rasulullah saw iaitu program Isra’ Mikraj mengadap Allah SWT dalam tempoh yang singkat sahaja.

Perjalanan suci Rasulullah saw ini melibatkan beberapa amalan luar biasa iaitu perjalanan dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Palestin, dan mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha untuk menerima perintah solat lima waktu secara berhadapan terus dengan Allah SWT. Perjalanan yang melibatkan dua masjid tertua di dunia dan paling suci dalam Islam menjadi petanda betapa hubungan akrab antara Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa berkaitan pertalian kiblat dan pusat gerakan Rasul-rasul terdahulu dalam menegakkan syiar Islam.

Pertemuan Rasulullah saw dengan Allah SWT di Sidratul Muntaha dalam suasana alam kerohanian itu tanpa ditemani Malaikat Jibril, adalah pertemuan kemuncak sebagai penghargaan dan penghormatan Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw yang menyempurnakan Islam sebagai ad-Din yang global untuk manusia.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Antara pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa bersejarah ini ialah tentang siksaan ahli neraka yang telah diperlihatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w semasa di bawa melawat neraka. Antaranya siksaan terhadap orang yang meninggalkan sembahyang di mana mereka memecahkan kepala mereka sendiri. Ini merupakan suatu amaran yang keras agar kita dan keluarga kita serta masyarakat sekitar supaya menjaga sembahyang dengan baik terutama pada hari ini ramai di kalangan umat Islam tanpa segan silu meninggalkan sembahyang dengan pelbagai alasan termasuk kerana terlalu sibuk dengan kerja. Bermula daripada meninggal sembahyang inilah maka umat Islam mula melanggar segala perintah dan larangan Allah yang lain yang menyebabkan kita hidup melarat di dunia. Oleh itu insaflah kita dengan sentiasa memenuhi masjid sepanjang masa bukannya hanya pada hari Jumaat atau hari raya sahaja. Mimbar hari ini menyeru kepada seluruh umat Islam agar kembali jinak dengan masjid sehingga lahirnya lebih ramai umat bertaqwa yang hampir kepada Allah yang menjamin keselamatan agama, bangsa dan negara.

Nabi turut melihat bagaimana siksaan terhadap mereka yang tidak menunaikan zakat di mana mereka dihalau seumpama binatang dan kemudiannya mereka memakan buah Zaqqum daripada bara api neraka yang begitu panas sehingga hancur tubuh mereka. Oleh itu tunaikan zakat kita samada zakat fitrah, pendapatan, perniagaan, harta, tanaman dan sebagainya sehingga harta kita benar-benar dapat dibersihkan daripada harta hak orang lain. Jika seluruh umat Islam dapat menunaikan zakat dan ia pula dapat diagih dengan baik maka ini semua dapat mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara serta merendahkan jurang antara golongan kaya dan miskin.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Nabi Muhammad s.a.w turut diperlihatkan bagaimana golongan penzina yang bertindak memilih daging yang mentah dan busuk berbanding daging yang telah masak dan baik. Ini memberi peringatan kepada kita agar sentiasa menjauhi sebarang pintu dan punca yang membawa kepada zina. Agak malang jika di sesebuah tempat menghalalkan pintu-pintu yang akan terjadinya zina dengan begitu luas seperti penambahan kepada bilangan disko yang dihidangkan dengan arak dan pil-pil khayal, pembukaan kilang-kilang arak, program televisyen yang membangkitkan nafsu, majalah separa lucah yang begitu bebas dan halalnya program hiburan yang melampau dan melalaikan. Kita bimbang penzinaan akan menjadi suatu budaya yang dianggap lambang kemajuan sebagaimana rosaknya masyarakat barat yang telah lama tergadai harga diri. Marilah kita sematkan dalam hati dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 32 agar kita terhindar daripada perbuatan terkutuk ini :

Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Muslimin yang dirahmati Allah SWT,
Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru marilah kita melipatgandakan penyucian diri dan beribadahlah menyembah Allah SWT dengan penuh taqwa dan berkualiti dalam menunaikan solat, berzakat, menunaikan puasa, hají, melaksanakan ibadah sunat yang lain serta sentiasa bertaubat kepada Allah SWT. Moga-moga kita semua mendapat kerahmatan dan keberkatan yang berkekalan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT dalam Surah al-‘Ankabut:45 :

Maksudnya : “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

Saturday, July 18, 2009

PENGUMUMAN PENTING.....

ASSALAMUALAIKUM...

PENGUMUMAN PENTING!!!



KEPADA SEMUA AHLI IMPI @ PENGUNJUNG BLOG IMPI...

ANDA DIPERSILAKAN UNTUK MENYUMBANGKAN SEBARANG ARTIKEL/RISALAH/MAKALAH/IDEA/PENDAPAT TENTANG ISU-ISU SEMASA ATAU SEUMPAMA DENGANNYA...

KAMI MAHUKAN ANDA!!!


Jika berminat sila emailkan ke : jhl_8581@yahoo.com / ikatanmahasiswapengajianislam@yahoo.com

Sunday, July 5, 2009

SELAMAT DATANG & AHLAN WA SAHLAN

Assalamualaikum wbt.



Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada pelajar baru yang mendaftar di UTM pada hari Sabtu 27 Jun 2009 yang lepas. Ahli Jawatankuasa Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam turut mengucapkan selamat Datang kepada mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pengajian Islam (SPI) ke UTM dan Pusat Islam (PPIPS).

Friday, June 26, 2009

SUKAN MEMANAH MENJADI PILIHAN

Para peserta memanah diberi penerangan oleh Pemanah UTM.

Friday, March 20, 2009

MULTAQA' IMPI 2009


Pada 12 Febuari 2009 telah diadakan satu pertemuan di antara pelajar-pelajar SPI iaitu Majlis Multaqa’ IMPI 09 yang bertempat di Dewan Al-Ghazali, MSI.

Majlis tersebut diadakan adalah bertujuan memperkenalkan kepada ahli-ahli IMPI kepada saf kepimpinan yang baru dilantik bagi memegang jawatan untuk sesi 2009/2010.