Friday, March 20, 2009

MULTAQA' IMPI 2009


Pada 12 Febuari 2009 telah diadakan satu pertemuan di antara pelajar-pelajar SPI iaitu Majlis Multaqa’ IMPI 09 yang bertempat di Dewan Al-Ghazali, MSI.

Majlis tersebut diadakan adalah bertujuan memperkenalkan kepada ahli-ahli IMPI kepada saf kepimpinan yang baru dilantik bagi memegang jawatan untuk sesi 2009/2010.

Selain itu, majlis yang dihadiri oleh semua pelajar SPI ini adalah sebagai tanda penghargaan khas buat saf pimpinan sebelumnya yang telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jayanya.
Sebagai tanda penghargaan tersebut, mereka dianugerahkan sijil penghargaan diatas jawatan yang telah disandang.

Pada majlis tersebut telah diadakan juga majlis penyerahan ‘selendang’ oleh mantan Presiden IMPI, Mohd Fariiqul Amin kepada Mohd Abdul Hadi Bin Abdullah sebagai Presiden IMPI 09. Penyerahan tersebut sebagai simbolik penyerahan tugas kepada peneraju IMPI yang baru.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penasihat IMPI iaitu Ustaz Mohd Ismail Bin Mustari. Perisian majlis tersebut didahului dengan kata aluan Penasihat IMPI sebelum pembentangan aktiviti IMPI sepanjang semester ini oleh Presiden IMPI 09. Majlis berjalan sehingga jam 12.00 malam dengan diakhiri dengan sesi perbincangan dan perkongsian pendapat daripada semua ahli IMPI dalam mengeratkan dan memantapkan ahli dan organisasi IMPI.

No comments: