Thursday, June 25, 2009

SEMINAR PERUBATAN ISLAM





Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam (IMPI) sekali lagi mengadakan program secara terbuka kepada semua pelajar UTM pada 4 April 2009. Program berbentuk seminar diadakan selama satu hari bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Seminar tersebut disertai seramai 100 orang peserta yang telah datang sejak jam 7.30 pagi. Program tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Exco Penyelidikan & Akademik IMPI yang diketuai oleh Saudara Omar Mukhtar Bin Ibrahim dan Saudari Siti Rohani Binti Senong.

Penceramah undangan yang dijemput khas dari Universiti Tun Hussein Onn yang juga merupakan Pengamal Perubatan Darul Syifa' dan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Seminar Perubatan Islam yang dikendalikan oleh PM Dr. Hussein Bin Junoh telah menarik minat para peserta yang hadir dengan pelbagai kaedah yang dianjurkan oleh Islam dalam mengubati sesuatu penyakit. Beliau juga menceritakan sedikit pengalaman kepada peserta berkaitan pengalaman mengubati pesakit sepanjang mengendalikan Klinik Darul Syifa' miliknya.

Di akhir seminar, beliau sempat mempromosikan buku panduan perubatan dalam Islam yang berharga RM20.00.

No comments: