Saturday, December 31, 2011

One Step Closer

"Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahlan wa anta taj’al al-

huzna iza shi'ta sahlan" [Ibn Hibban]


TIADA yang mampu melancarkan urusan dan memudahkan ingatan kecuali Dia. 

Saturday, December 10, 2011

Kelaziman Baru

Lukis muka sendiri, tampal.

Night Walk Hudhuud.

Pikul kayu balak sambil cari tembikai dalam paya.

3-5am direndam dalam sungai.

Friday, September 23, 2011

Pelancaran Program Speak-It-Right

Petikan akhbar

Istilah Pengucapan Awam bukanlah sesuatu yang ganjil dalam kalangan mahasiswa. Namun, hanya segelintir kecil yang dalam menceburi dan mendalami kemahiran tersebut.

Thursday, September 15, 2011

Saturday, September 10, 2011

Selamat Kembali

Jangan pula buat-buat lupa lokasi UTM  :)

4 bulan telah berlalu. Sudah tamat tempoh bercuti.
Selamat kembali menyambung pengajian kepada semua pelajar UTM, khususnya pelajar SPI.

Wednesday, September 7, 2011

Jangan bertangguh. Dapatkan!


Bilang, dan rebut semua.


Alhamdulillah, kita telah pun berada di bulan lebaran.  Kita juga sudah maklum terdapat amalan sunnah di bulan ini seusai berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Apakah kelebihan puasa tersebut? Itulah yang akan kami paparkan pada kesempatan kali ini, semoga bermanfaat.

Wednesday, August 31, 2011

Eid Mubarak 1432H


"Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu semua." ~ Ramadhan
"Setiap tahun dan kamu semua berada dalam kebaikan." ~ Syawal


Ameen.






* Belum lagi laa. Masih JJJ (Jajah Jarak Jauh). Sedar. Sedar! 

Saturday, August 20, 2011

Nuzul Quran




Hari Nuzul Quran sudah berlalu. Tetapi ada perkara yang perlu kita fikir bersama.

Tuesday, August 16, 2011

Neraca # 1



Dia telah beri garisan

Manusia itu beriman atau tidak, Allah S.W.T. yang menetapkan neraca itu. Allah S.W.T. telah menjelaskan segala ciri-ciri yang membuatkan seseorang itu Islam. Dan Allah S.W.T juga telah menerangkan segala ciri yang membuatkan orang itu tidak Islam.

Tuesday, August 9, 2011

Bebaskan!

Menginjak hari ke sepuluh Ramadhan

Dalam 'kesibukan' beribadah dan menjalankan aktiviti harian di bulan ini, pernahkah anda berasa lemas dan malas? Misalnya :

Tidak bercadang pun untuk melelapkan mata, tetapi eh..eh.. sejam setengah juga tertidur. Terus jadi layu dan lesu. 

Tidak berniat pun untuk berlebih-lebihan, hanya mencari bihun sup power asalnya, tetapi eh..eh.. nasi beriani lapis power pun diangkut sama.

Dalam hati, masih jitu hasrat untuk beribadah. Malangnya, hasil 'rehat' dan 'berbuka', berganda tidak bertenaga. Bagaimanakah caranya bagi mengatasi masalah ini? 

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan & Ucapan Selamat


ما حكم استقبال رمضان والبشارة به والتهاني به من قبل الأصدقاء والرفاق؟


Soalan :
Apakah hukum menyambut Ramadhan dan riang dengan kehadirannya, serta mengucapkan selamat kepada sahabat handai dan kaum kerabat?

Sunday, July 24, 2011

Ramadhan & Muslimah : Hukum Mencegah Haidh untuk Berpuasa Sebulan


Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu kedatangannya oleh seluruh umat Islam. Masakan tidak, di bulan inilah segala amal ibadah mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Di dalamnya juga, kita dapat menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan. Maka sudah sewajarnya, tidak sedikit daripada kita yang berazam untuk beramal soleh di bulan ini. Kaum wanita pun tidak mahu kalah, turut bersemangat untuk menabung pahala. Akan tetapi kaum wanita memiliki fitrah yang tidak dapat dielakkan, dan memerlukan perhatian khusus.

Soalan:
Apakah hukumnya wanita menggunakan ubat pencegah haidh di bulan Ramadhan?

Monday, July 11, 2011

Anda Mahu Tips?

Bukan tips yang ini

Ramadhan yang penuh dengan limpahan kebaikan dan keutamaan, akan dapat dirasa dan diraih apabila ilmu tentang Ramadhan difahami dengan baik.

Bayangkan, para generasi awal Islam sangat rindu untuk bertemu dengan bulan yang suci ini. Mereka berdo’a selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan. Bila Ramadhan tiba, mereka sungguh-sungguh meraih kebaikan dan keutamaan Ramadhan. Dan ketika mereka berpisah dengan Ramadhan, mereka berdo’a selama enam bulan seterusnya, agar kesungguhannya diterima Allah S.W.T.. 

Apa yang menyebabkan para generasi awwalin merasa BENAR-BENAR rindu pada Ramadhan?

Monday, June 27, 2011

Israk Mikraj : Satu Singkapan



Apa istimewanya 27hb Rajab?

Detik ini adalah saat yang sangat bermakna apabila umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan satu peristiwa yang cukup besar dalam diari dan sejarah umat Islam yang disambut pada 27 Rejab di setiap tahun. (Pada tahun ini, ianya bertepatan dengan 28 Jun 2011, Selasa malam Rabu).

Friday, June 17, 2011

Miskin...Miskin...

                  
Tajuk : 85 (+2) Tahun Hidup Tanpa Rumah 
Oleh : Ust Ihsan Tanjung


P/s :  Miskin menumpang, sedar diri & terus berusaha ;
        Miskin merempat, selesa, redha & terima seadanya ;

        Anda yang mana?

Tuesday, June 7, 2011

Yang Pertama Sekali


Gambar hiasan
Jam 9.05 malam, seorang lelaki memberi salam sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dewan kuliah. Orangnya kecil, zuhudnya besar. Lelaki yang dipanggil ustaz itu datang memenuhi rutinnya mengisi kuliah. Semua pelajar yang hadir sibuk mencari tempat duduk. Rata-rata mereka baru selesai bersolat Isya’.

Thursday, June 2, 2011

Amalan di Bulan Rejab



Segala puji bagi Allah Rabb Semesta Alam, shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabat dan para pengikut beliau hingga akhir zaman. Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah Ta’ala karena pada saat ini kita telah memasuki salah satu bulan haram yaitu bulan Rajab. Apa saja yang ada di balik bulan Rajab dan apa saja amalan di dalamnya? Insya Allah dalam artikel yang singkat ini, kita akan membahasnya. Semoga Allah memberi taufik dan kemudahan untuk menyajikan pembahasan ini di tengah-tengah pembaca sekalian.


Rejab di Antara Bulan Haram
Bulan Rajab terletak antara bulan Jumadil Akhir dan bulan Sya’ban. Bulan Rajab sebagaimana bulan Muharram termasuk bulan haram. Allah Ta’ala berfirman,

Friday, April 22, 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir!

Selamat menduduki peperiksaan akhir untuk semua mahasiswa SPI! Moga kejayaan milik kita bersama.



WEHDAH ~ Lambaian Akhir Tahun 4 SPI

Pada 12 April yang lalu, telah berlangsung majlis makan malam bagi meraikan tahun akhir yang bakal meninggalkan UTM dan tamat pengajian. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Astana, KTC bermula jam 8.30 malam hingga 11.30 malam.

Signifikan Mukhayyam Tarbawi Asatizah ~ MUMTAZ

Program Mukhayyam Tarbawi Asatizah (MUMTAZ’11) ini telah diadakan pada 18, 19 dan 20 Mac 2011 yang lalu di Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang. Kem ini berjaya mengumpulkan seramai 100 orang mahasiswa Tahun 2, 3 dan 4 SPI yang telah dianjurkan oleh Fakulti Tamadun Islam dengan kerjasama Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam (IMPI). Program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar di bawah bimbingan pensyarah dan juga Pok Nik, pengarah eksekutif Rebutia D’Perkasa bersama pasukan fasilitatornya.

Jalinan KUPUSB - UTM

Rombongan dari Brunei yang bertandang pada Mac lalu telah mengeratkan lagi hubungan antara KUKUPSB dan juga UTM umumnya, dan mahasiswa SPI khususnya. Ahli rombongan yang terdiri daripada mahasiswa tahun 2 dari KUKUPSB telah berkampung di UTM demi mengeratkan lagi hubungan serta perkongsian idea dan manfaat demi meningkatkan lagi produktiviti dan kemahiran mahasiswa pengajian Islam. Oleh itu, satu dialog telah pun diadakan di Dewan Al Marbawiy, Fakulti Tamadun Islam bagi memenuhi hasrat tersebut.

Antara yang sempat dirakamkan ialah :

Monday, February 28, 2011

Multaqa SPI

Multaqa SPI diadakan pada 16 Februari bagi memperkenalkan organisasi terbaru bagi sesi 2011/2012. Majlis Multaqa telah berlangsung di Dewan Al Marbawiy, Fakulti Tamadun Islam. Secara tidak langsung, majlis mempertemukan kesemua mahasiswa SPI daripada tahun 2 hingga tahun 4.

Antara jemputan hadir bagi merasmikan dan menyerikan majlis ialah Dekan Fakulti Tamadun Islam, PM. Hj Azmi Shah Suratman.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan bacaan oleh saudara Mohamad Farouk Mohd Nasir. Majlis kemudian menjemput PM Hj. Azmi Shah Suratman untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Multaqa SPI.

Sebelum majlis penyerahan kepada kepimpinan baru IMPI, majlis terlebih dahulu menjemput Amir IMPI bagi sesi 2010/2011, saudara Tuan Mohd Khairi Tuan Soh memberikan ucapan dan seterusnya menyerahkan teraju kepimpinan IMPI kepada Amir baru bagi sesi 2011/2012, saudara Md Hamzaimi Azrol b. Baharudin.

Amir IMPI baru kemudiannya memberi ucapan sulung beliau di hadapan 102 mahasiswa SPI. Di dalam ucapannya, beliau mengajukan cadangan-cadangan baru berkenaan dengan usrah antara SPI yang diberi nama Eeman Circle yang akan dijalankan sem ini juga. Beliau mengharapkan kerjasama dari semua ahli IMPI bagi memantapkan lagi gerak kerja seterusnya melahirkan mahasiswa SPI yang berkaliber.

Antara yang sempat dirakamkan :

Thursday, February 10, 2011

Eeman Circle (EC)



Assalamualaikum wr. wb.

Alhamdulillah, untuk sesi semester kali ini, IMPI telah merancang suatu program berkala buat semua mahasiswa/i SPI bermula daripada tahun 2 hingga tahun 4. Program yang dimaksudkan ialah Eeman Circle (EC). Sebetulnya, program ini wajar diberitahu dalam liqa', namun atas beberapa masalah, ia tidak dapat dilakukan dalam tempoh terdekat. Jadi, blog ini dijadikan wadah untuk menyampaikan maklumat, seterusnya untuk tindakan susulan.

Berikut disenaraikan kumpulan-kumpulan bagi Eeman Circle (EC):

Friday, February 4, 2011

Usrah, Study Dan Jongkang-Jongket


Mari refleksi diri, moga bermanfaat.

                                              ********

Lia, jomlah pergi usrah.
Lia, jomlah gi surau, berjemaah.
Lia, jomlah dengar ceramah.
Lia, ummah semakin koyak..
Marilah Lia, semampunya kita bangkit mengubah. 

Sunday, January 30, 2011

Apa Maksud Hadith : “Wanita Kurang Akal dan Agamanya”?


Soalan:

Kita selalu mendengar hadith yang berbunyi, “Wanita itu kurang akalnya dan kurang agamanya.” Hadith ini sering diutarakan kaum lelaki kepada wanita untuk merendahkannya. Kami mohon penjelasan erti hadith tersebut.

Saturday, January 8, 2011

Mengenal Islam

 

Azan Asar sudah berkumandang. Saya harus lekas, bimbang terlepas berjemaah. Terkocoh-kocoh dari Fakulti Pendidikan, saya menuju ke masjid. Berwudhu’, dan terus bersama jemaah mengangkat takbiratul ihram. 

Usai solat dan bersalam-salaman, saya terpandang satu wajah yang dikenali. Sosok tubuh yang saya sangat hormati. Lama tidak ketemu beliau. Saya menyapa, kemudian saling bertukar khabar dan berhiwar. Dapat peluang berdamping dengan ilmuwan, dipersia jangan.

Saya membetulkan sila, duduk separa tunduk tanda bersedia mendengar kalam beliau.