Petikan dari Khutbah Jumaat 17 Julai 2009, Pusat Islam UTM.
Oleh : Ustaz Faiz Bin Nordin, Pegawai Hal Ehwal Agama, Pusat Islam UTM.
Menurut sebahagian ulama, peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku pada malam 27 Rejab setahun sebelum Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini adalah perjalanan suci Rasulullah saw bagi memenuhi jemputan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’, ayat 1 yang telah dibacakan sebentar tadi :
Maksudnya : “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Bagaimana pun sebelum berlaku Isra’ Mikraj, Rasulullah saw menjalani pembedahan dada yang dilakukan oleh Malaikat Jibril untuk membersih hati daripada ketulan hitam bernama ’alaqah iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya dan dimasukkan hikmat, ilmu, dan iman. Selepas itu Allah SWT mengatur program kerohanian untuk Rasulullah saw iaitu program Isra’ Mikraj mengadap Allah SWT dalam tempoh yang singkat sahaja.
Perjalanan suci Rasulullah saw ini melibatkan beberapa amalan luar biasa iaitu perjalanan dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Palestin, dan mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha untuk menerima perintah solat lima waktu secara berhadapan terus dengan Allah SWT. Perjalanan yang melibatkan dua masjid tertua di dunia dan paling suci dalam Islam menjadi petanda betapa hubungan akrab antara Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa berkaitan pertalian kiblat dan pusat gerakan Rasul-rasul terdahulu dalam menegakkan syiar Islam.
Pertemuan Rasulullah saw dengan Allah SWT di Sidratul Muntaha dalam suasana alam kerohanian itu tanpa ditemani Malaikat Jibril, adalah pertemuan kemuncak sebagai penghargaan dan penghormatan Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw yang menyempurnakan Islam sebagai ad-Din yang global untuk manusia.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Antara pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa bersejarah ini ialah tentang siksaan ahli neraka yang telah diperlihatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w semasa di bawa melawat neraka. Antaranya siksaan terhadap orang yang meninggalkan sembahyang di mana mereka memecahkan kepala mereka sendiri. Ini merupakan suatu amaran yang keras agar kita dan keluarga kita serta masyarakat sekitar supaya menjaga sembahyang dengan baik terutama pada hari ini ramai di kalangan umat Islam tanpa segan silu meninggalkan sembahyang dengan pelbagai alasan termasuk kerana terlalu sibuk dengan kerja. Bermula daripada meninggal sembahyang inilah maka umat Islam mula melanggar segala perintah dan larangan Allah yang lain yang menyebabkan kita hidup melarat di dunia. Oleh itu insaflah kita dengan sentiasa memenuhi masjid sepanjang masa bukannya hanya pada hari Jumaat atau hari raya sahaja. Mimbar hari ini menyeru kepada seluruh umat Islam agar kembali jinak dengan masjid sehingga lahirnya lebih ramai umat bertaqwa yang hampir kepada Allah yang menjamin keselamatan agama, bangsa dan negara.
Nabi turut melihat bagaimana siksaan terhadap mereka yang tidak menunaikan zakat di mana mereka dihalau seumpama binatang dan kemudiannya mereka memakan buah Zaqqum daripada bara api neraka yang begitu panas sehingga hancur tubuh mereka. Oleh itu tunaikan zakat kita samada zakat fitrah, pendapatan, perniagaan, harta, tanaman dan sebagainya sehingga harta kita benar-benar dapat dibersihkan daripada harta hak orang lain. Jika seluruh umat Islam dapat menunaikan zakat dan ia pula dapat diagih dengan baik maka ini semua dapat mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara serta merendahkan jurang antara golongan kaya dan miskin.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Nabi Muhammad s.a.w turut diperlihatkan bagaimana golongan penzina yang bertindak memilih daging yang mentah dan busuk berbanding daging yang telah masak dan baik. Ini memberi peringatan kepada kita agar sentiasa menjauhi sebarang pintu dan punca yang membawa kepada zina. Agak malang jika di sesebuah tempat menghalalkan pintu-pintu yang akan terjadinya zina dengan begitu luas seperti penambahan kepada bilangan disko yang dihidangkan dengan arak dan pil-pil khayal, pembukaan kilang-kilang arak, program televisyen yang membangkitkan nafsu, majalah separa lucah yang begitu bebas dan halalnya program hiburan yang melampau dan melalaikan. Kita bimbang penzinaan akan menjadi suatu budaya yang dianggap lambang kemajuan sebagaimana rosaknya masyarakat barat yang telah lama tergadai harga diri. Marilah kita sematkan dalam hati dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 32 agar kita terhindar daripada perbuatan terkutuk ini :
Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Muslimin yang dirahmati Allah SWT,
Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru marilah kita melipatgandakan penyucian diri dan beribadahlah menyembah Allah SWT dengan penuh taqwa dan berkualiti dalam menunaikan solat, berzakat, menunaikan puasa, hají, melaksanakan ibadah sunat yang lain serta sentiasa bertaubat kepada Allah SWT. Moga-moga kita semua mendapat kerahmatan dan keberkatan yang berkekalan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT dalam Surah al-‘Ankabut:45 :
Maksudnya : “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Qur'an, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

No comments:
Post a Comment