Jangan pula buat-buat lupa lokasi UTM :) |
4 bulan telah berlalu. Sudah tamat tempoh bercuti.
Selamat kembali menyambung pengajian kepada semua pelajar UTM, khususnya pelajar SPI.
Kepada pelajar tahun 1, tiada ucapan sebab tiada orang. L
Kepada pelajar tahun 2, juga tiada ucapan sebab tiada orang. L
Kepada pelajar tahun 3, semester ini anda bakal mempelajari subjek yang awesome. Mantiq, Muqaranah al-Adyan, dan lain-lain. Belajar dengan baik, nota-nota boleh pinjam senior tahun 4. Keputusan semester yang lepas jadikan pengajaran. Apa yang penting ialah memberi perhatian kepada apa yang akan dilakukan selepas ini, bukan sekadar mencari kesalahan yang lalu. Jika anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan.
Kepada pelajar tahun 4, semester ini anda harus mencipta hubungan dengan PSM, juga dengan penyelia. Berilah apa-apa nama pun yang sesuai dengan jiwa (bercinta, atau berkepit dengan PSM atau lain-lain). Mari belajar membahagikan masa dengan bijak. Bersungguh untuk mencari bahan dan sentiasa bermomentum. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
Kepada semua pelajar SPI sesi 2011/12, marilah kita sama-sama menghargai momen semester ini, memandangkan semester depan bertambah pilu keadaannya. Pelajar tahun 3 bakal bergelar guru praktikal, meninggalkan senior-senior yang comel. Oh, itu bukan berita gembira. Tidak mengapa, kita ketepikan dulu yang itu.
Luruskan niat keranaNya, bismillah!
* Masih menghirup udara raya? Terjah rumah lecturer mehh..
1 comment:
masa untuk ber'cinta' dgn psm.
Post a Comment