Bilang, dan rebut semua. |
Alhamdulillah, kita telah pun berada di bulan lebaran. Kita juga sudah maklum terdapat amalan sunnah di bulan ini seusai berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Apakah kelebihan puasa tersebut? Itulah yang akan kami paparkan pada kesempatan kali ini, semoga bermanfaat.
1. Menggenapkan ganjaran berpuasa selama setahun.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa 6 hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (HR Muslim)
Para ulama’ mengatakan bahawa berpuasa seperti setahun berasaskan setiap kebaikan akan digandakan sebanyak sepuluh kali. Bulan Ramadhan (puasa penuh contohnya) kiraannya 30 hari x 10 kebaikan = 300 hari. 300 hari bersamaan dengan 10 bulan. Puasa syawal pula kiraannya 6 hari x 10 kebaikan = 60 hari. 60 hari bersamaan dengan 2 bulan. Nah, jika ditambah kedua-dua kiraan ini (10 bulan + 2 bulan = 12 bulan), maka dia seolah-olah melaksanakan puasa setahun penuh. Hal ini dikuatkan lagi dengan sabda baginda SAW yang bermaksud :
“Barangsiapa berpuasa 6 hari setelah ‘Idul Fitri, maka dia seperti berpuasa setahun penuh. (Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh kebaikan sepertinya. (QS Al-An’am : 160)).” (HR Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Inilah nikmat yang luar biasa yang Allah SWT berikan kepada umat Islam.
Cara melaksanakan puasa Syawal ialah :
1. Dilakukan selama 6 hari.
2. Dilakukan dalam bulan Syawal (berurutan jika mampu)
3. Usahakan untuk menunaikan puasa Qadha terlebih dahulu (jika mampu). Ini kerana sudah tentu ibadah wajib lebih afdhal diutamakan berbanding ibadah sunat.
2. Menutup kekurangan dan menyempurnakan ibadah wajib (puasa Ramadhan).
Seperti kedudukan solat sunat rawatib selepas solat fardhu, puasa Syawal akan menyempurnakan puasa Ramadhan yang seringkali berlaku kekurangan dan lompang sana-sini. Jadi, kekurangan ini mestilah disempurnakan dengan amalan sunnah.
3. Melakukan puasa syawal merupakan tanda diterimanya amalan puasa Ramadhan.
Jika Allah S.W.T menerima amalan seorang hamba, maka Dia akan memberi petunjuk untuk amalan seterusnya. Jika Allah S.W.T menerima puasa Ramadhan, maka Dia akan tunjuki kepada hambaNya untuk amalan soleh yang lain, antaranya puasa enam di bulan Syawal. Hal ini diambil daripada kata-kata sebahagian salafussoleh :
“ Antara balasan kebaikan adalah kebaikan selanjutnya. Manakala balasan bagi keburukan adalah keburukan selanjutnya.” (Ibnu Katsir)
“Balasan daripada amalan kebaikan adalah amalan kebaikan seterusnya. Barangsiapa melaksanakan kebaikan, lalu dia meneruskan dengan kebaikan yang lain, maka itu tanda amalannya diterima. Manakala barangsiapa yang melaksanakan kebaikan, lalu dilanjutkan dengan amalan keburukan, maka ini tanda amalannya tertolak atau tidak diterima." (Ibnu Rajab)
Lajnah ad-Daimah Lil Buhuts ‘Ilmiyyah wal Ifta’ (kumpulan fatwa Saudi Arabia) mengatakan : “Adapun orang yang melakukan puasa Ramadhan dan mengerjakan solat di siang harinya, hanya di bulan Ramadhan, maka orang seperti ini telah melecehkan/memperlekehkan agama Allah S.W.T.."
Sebahagian salaf pula mengatakan : “ Seburuk-buruk kaum adalah orang yang mengenal Allah S.W.T (rajin beribadah) hanya di bulan Ramadhan sahaja."
Hanya Allah S.W.T. yang memberi taufiq. Mari muhasabah.
Sebahagian salaf pula mengatakan : “ Seburuk-buruk kaum adalah orang yang mengenal Allah S.W.T (rajin beribadah) hanya di bulan Ramadhan sahaja."
Hanya Allah S.W.T. yang memberi taufiq. Mari muhasabah.
Puasa enam tanda bersyukur. Err..maksudnya, nikmat apa yang patut disyukuri?
Nikmat pengampunan dosa yang begitu banyak di bulan Ramadhan.
Ibnu Rajab mengatakan “Tidak ada nikmat yang lebih besar selain pengampunan dosa yang Allah S.W.T. anugerahkan." Kita lihat saja, bagaimana Nabi SAW yang telah bebas daripada sebarang dosa, masih terus menerus melakukan solat malam. Ini semua baginda lakukan dalam rangka bersyukur atas nikmat pengampunan yang Allah S.W.T. berikan. “Tidakkah aku senang menjadi hamba yang bersyukur?”, demikian respon baginda SAW kepada Aisyah r.a. mengenai solat malam yang dilakukan.
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (QS Al-Baqarah : 185)
Bagaimana para salafussoleh, yang seringkali berpuasa di siang hari, manakala di sebelah malamnya pula diberikan taufiq untuk menunaikan qiyamullail.
Ingatlah saudaraku, rasa syukur haruslah dihadirkan dalam diri tiap waktu, bukan hanya selepas mendapatkan kebaikan atau nikmat. Syukur yang sebenar ialah apabila seseorang mengetahui dirinya tidak mampu untuk bersyukur (secara sempurna).
5. Melaksanakan puasa Syawal menandakan bahawa ibadahnya berterusan dan tidak bermusim sahaja.
Amalan seseorang di bulan Ramadhan tidak wajar ditamatkan seperti berakhirnya bulan Ramadhan. Amalan tersebut seharusnya terus mengalir selama seorang hamba masih menghirup nafas kehidupan.
Al-Qomah pernah bertanya kepada Aisyah r.a. mengenai amalan Rasulullah SAW, “Apakah baginda mengkhususkan hari-hari tertentu untuk beramal?” Aisyah menjawab : “Baginda tidak mengkhususkan waktu tertentu untuk beramal. Amalan baginda adalah berterusan.” (HR Bukhari dan Muslim)
Imam Hasan Al-Basri mengatakan : “ Sesungguhnya Allah Ta’ala tidaklah menjadikan ajal (tempoh akhir) untuk amalan seorang mukmin selain kematian.”
Lalu Imam Hasan Al-Basri membaca firman Allah yang bermaksud : “Dan sembahlah Rabbmu sampai datang kepada mu al-yaqin (ajal).” (QS Al-Hijr : 99).
Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan majoriti ulama mengatakan al-yaqin ialah kematian.
Mengapa? Kerana kematian itu diyakini, pasti terjadi.
Lalu Imam Hasan Al-Basri membaca firman Allah yang bermaksud : “Dan sembahlah Rabbmu sampai datang kepada mu al-yaqin (ajal).” (QS Al-Hijr : 99).
Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan majoriti ulama mengatakan al-yaqin ialah kematian.
Mengapa? Kerana kematian itu diyakini, pasti terjadi.
“Rabbaniy, laisa Ramadhaniy”
Semoga Allah sentiasa memberi kita taufiqNya dalam istiqomah melakukan ketaatan, bersih hanya kepadaNya hingga malaikat maut datang menjemput.
Semoga Allah menerima amalan kita di bulan Ramdhan dan mempermudahkan kita meneruskannya di bulan-bulan akan datang.
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya segala kebaikan menjadi sempurna.
Oleh : Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel asal beserta maraji’ di sini.
Wallahua’lam.
*Tajuk umpama mengejar produk lelong. Yang dimaksudkan ialah jangan berlengah sehingga akhir syawal, dan dapatkan lima kelebihan di atas.
1 comment:
ayuh kejar !!!
Post a Comment