Friday, September 23, 2011

Pelancaran Program Speak-It-Right

Petikan akhbar

Istilah Pengucapan Awam bukanlah sesuatu yang ganjil dalam kalangan mahasiswa. Namun, hanya segelintir kecil yang dalam menceburi dan mendalami kemahiran tersebut.
Kita semua maklum bahawa lulusan SPI bakal bergelar ustaz dan ustazah dalam kalangan masyarakat. Mahu atau tidak, mereka harus mengajar, memberi ucapan dan peringatan,  yang mana memerlukan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di hadapan umum.  

Menyedari kepentingan ini, IMPI mengambil pendekatan melancarkan program Speak-It-Right yang akan diadakan secara berkala setiap minggu. Program yang diadakan pada setiap hari Rabu ini akan berlangsung di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun FTI bermula jam 2.30 petang.

Berikut disenaraikan ciri-ciri tazkirah yang perlu ada dalam Speak-It-Right :

1. Menyebut tahmid (dalam B.A) pada permulaan tazkirah

2. Isi tazkirah mengandungi ayat al-Quran (sekurang-kurangnya 1) beserta terjemahan, ayat dan surah yang tepat.

3. Isi tazkirah mengandungi sepotong hadith (sekurang-kurangnya 1) beserta terjemahan dan riwayat yang betul.

4. Tidak dibenarkan menggunakan slide, semua secara verbal.  

5. Tentukan audien anda (kaum belia, ibu bapa, golongan atasan atau lain-lain). Elakkan daripada menyerupai tipikal pembentangan anda di dalam kelas. Harus diingat, gambarkan bahawa audien bukan rakan anda, tetapi audien yang anda telah tentukan.

6. Topik ialah bebas.

7. Anggaran masa ialah 10 minit dan ke atas. Maksimum 15 minit.

Aplikasikan kemahiran komunikasi dalam mengambil perhatian audien, penggunaan nada, jeda dan lain-lain dalam menyampaikan tazkirah. Jika masih belum nampak bagaimana caranya, mulalah berjinak melihat video ceramah yang melaut di internet serta perhatikan cara penceramah menyampaikan kuliahnya.

Kawanku, program ini bukanlah bertujuan untuk bertanding dan menunjuk hebat sesama kita. Tidak sama sekali. Ini sebagai peluang untuk menambah koleksi pengalaman masing-masing. Pengalaman tidak dapat diraih dengan angan-angan, melainkan anda laluinya sendiri. Potensi yang ada, jangan biar ia malap, mari kita gilap bersama!


UPDATE : Bermula pada sesi akan datang (5.10.2011), insyaAllah program Speak-It-Right akan dimeriahkan lagi dengan pantauan pengkritik khususnya dalam aspek isi tazkirah. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku sebarang kesalahfahaman atau huraian yang tidak tepat.  Sila rujuk isi tazkirah dan minta pandangan kepada mereka yang lebih arif sebelum tiba harinya. Harap maklum. 



Challenge our self. We can do it, SPI-ans!


Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi :

Ikhwah : 014-8058820
Akhawat : 013-7013305

No comments: