Dia telah beri garisan |
Manusia itu beriman atau tidak, Allah S.W.T. yang menetapkan neraca itu. Allah S.W.T. telah menjelaskan segala ciri-ciri yang membuatkan seseorang itu Islam. Dan Allah S.W.T juga telah menerangkan segala ciri yang membuatkan orang itu tidak Islam.
Kita tidak boleh mengaburkan ayat-ayat Allah S.W.T.. Kita baca al-Quran, kita akan menjumpai neraca ini. Allah S.W.T. menetapkan neracaNya bukan untuk orang tertentu sahaja, tetapi untuk seluruh manusia, dari zaman dahulu hingga hari Kiamat. Kalau kita mahu jadi orang yang beriman, kita mesti berikhtiar untuknya. Manusia TIDAK akan beriman dengan dengan cara lain atau dengan neraca lain.
Kita tidak boleh mengada-adakan neraca baru untuk menentukan manusia beriman dan tak beriman. Jangan fikir di zaman ini, Allah S.W.T meringankan neracanya sesuai dengan zaman kita. Allah S.W.T telah menyatakan bahawa ayat-ayatNya tidak akan diubah. Jadi, neraca beriman atau tidak, tetap sama. Telah termaktub dalam al-Quran dan Hadith.
Kita tidak boleh berkeyakinan mengikut cara tersendiri. Neraca iman ikut rasa-rasa. Neraca tidak beriman ikut kata-kata orang. Kita tidak boleh atau menganggap ;
“Orang Melayu tetap Islam.”
“Orang Melayu kalau dia sembahyang tetap dia Islam.”
“Selagi dia Melayu, dia tidak mungkin kafir.”
Kita harus ikut neraca Allah S.W.T – Apa ciri-ciri orang beriman dan ciri-ciri orang yang tidak beriman. Jangan terbayang orang yang tidak beriman itu orang lain. Orang tertentu. Orang Barat. Orang di sana. Orang......
Cuba renung, mereka para sahabiah yang solat bersama Nabi s.a.w. pun, ada yang jelas ditunjukkan oleh Allah S.W.T HAKIKATNYA hatinya tidak Islam. Nabi s.a.w. pun ada yang menyebut, di akhir zaman nanti akan ada manusia yang beriman di pagi hari, malamnya sudah kafir. Iman dan kafir semudah itu. Itu kata baginda, yang tiada berkata mengikut hawa nafsu. Melainkan wahyuNya.
Sekali lagi,
Jangan terbayang orang yang tidak beriman itu orang lain. Orang tertentu. Orang Barat. Orang di sana. Orang......
Kita tahu hati kita. Jangan sorok-sorok dengan Allah S.W.T.. Kita mesti menerima neraca Allah S.W.T.. Kalau kita sudah guna neracaNya, maka selesai tanggungjawab kita. Allah S.W.T. yang lebih mengetahui. Kita semua akan bertemu denganNya membawa hati dan diri. Pasti.
Hati, muhasabah! |
*Eh, kamu kata nak merdeka?
No comments:
Post a Comment