Tuesday, August 9, 2011

Bebaskan!

Menginjak hari ke sepuluh Ramadhan

Dalam 'kesibukan' beribadah dan menjalankan aktiviti harian di bulan ini, pernahkah anda berasa lemas dan malas? Misalnya :

Tidak bercadang pun untuk melelapkan mata, tetapi eh..eh.. sejam setengah juga tertidur. Terus jadi layu dan lesu. 

Tidak berniat pun untuk berlebih-lebihan, hanya mencari bihun sup power asalnya, tetapi eh..eh.. nasi beriani lapis power pun diangkut sama.

Dalam hati, masih jitu hasrat untuk beribadah. Malangnya, hasil 'rehat' dan 'berbuka', berganda tidak bertenaga. Bagaimanakah caranya bagi mengatasi masalah ini? 

Tidak sedikit daripada kita yang ingin memenuhi keperluan tenaga, mengambil makanan berat seperti nasi dalam kuantiti yang banyak sebagai pilihan utama ketika berbuka. Padahal, karbohidrat yang terdapat dalam nasi merupakan karbohidrat kompleks yang memerlukan proses pencernaan yang lama.

Seharusnya makanan yang paling baik ketika berbuka puasa ialah makanan yang mengandungi gula sederhana yang mudah diserap oleh tubuh, seperti buah-buahan. Fruktosa dan glukosa yang terkandung dalam buah-buahan merupakan zat yang ‘siap untuk digunakan’ oleh badan kita. Hanya dalam beberapa minit, badan kita akan segera menerima suapan tenaga dan menjadi bugar kembali.

Setiap  orang memerlukan tenaga sebanyak 25 kkal/kg berat badan sebagai keperluan harian. Apabila berpuasa, sumber tenaga dalam tubuh berkurang sebanyak 20 hingga 30%, oleh sebab itu badan jadi cepat letih dan lemah. Bagi mengatasi masalah ini, badan memerlukan kadar gula yang cepat diserap sebagai ganti tenaga yang kurang.




Sebenarnya, berbuka puasa dengan buah kurma bukan sekadar menjaga tradisi. Pilihan kurma sebagai makanan pembuka di bulan puasa ternyata bukanlah tanpa dasar. Selain merupakan anjuran serta sunnah baginda s.a.w., gizi yang terdapat dalam buah ini boleh membuat mereka yang berpuasa bebas dari rasa malas dan lemas. Otak pula masih berpelincir untuk terus berfikir.

Buah kurma mempunyai nilai energi yang sangat tinggi, antaranya gula monosakarida, glukosa, fruktosa dan sukrosa. Penyerapan gula kurma di dalam tubuh badan juga cepat iaitu sekitar 45-60 minit berbanding daya penyerapan gizi yang ada pada nasi yang memerlukan waktu berjam-jam.

Selain itu, kurma mengandungi vitamin yang bagus untuk perut. Kehadiran vitamin ini membaikpulih keadaan perut yang berasid setelah 13 hingga 14 jam tidak menerima makanan dan minuman. Kalium potasium juga merupakan komponen gizi mineral dalam kurma. Kandungan kalium yang tinggi akan melancarkan penghantaran oksigen ke otak dan membantu melancarkan keseimbangan air dalam tubuh. Dengan itu, memakan kurma akan membuat otak tetap aktif di saat berpuasa dan tubuh selalu dalam keadaan bugar. Anggapan bahwa berpuasa membuatkan diri jadi malas dan lemas harus segera dikikis dengan memperbanyak memakan kurma.

Dan banyak lagi kajian serta penemuan tentang khasiat buah ini. Walaubagaimanapun, kajian-kajian tersebut hanyalah sebagai pengukuhan. Pengukuhan bukan perkara asas. Tanpa pengukuhan, perkara asas masih berfungsi. Amalkanlah ia kerana ia adalah sunnah baginda s.a.w.. Yakinlah, setiap sunnah baginda s.a.w. pasti yang terbaik, sekalipun tidak dijumpai di seluruh dunia kajian saintifik tentang kebaikannya.




Mari, bebaskan diri dari rasa lemas dan malas!
Semoga kita terus bermomentum untuk beribadah, insyaAllah. (^__^)


*Eh, kamu kata nak merdeka?

1 comment:

tasnim said...

Saya benar-benar nak merdeka. 10 hari-hanya sehari pergi bazaar..baru..6_6

Selamat menempuh siri kedua Ramadhan1