Thursday, July 28, 2011

Ramadhan & Ucapan Selamat


ما حكم استقبال رمضان والبشارة به والتهاني به من قبل الأصدقاء والرفاق؟


Soalan :
Apakah hukum menyambut Ramadhan dan riang dengan kehadirannya, serta mengucapkan selamat kepada sahabat handai dan kaum kerabat?

رمضان شهر عظيم ، شهر مبارك يفرح به المسلمون، وكان النبي - صلى الله عليه وسلم - وأصحابه يفرحون به ، كان النبي - صلى الله عليه وسلم - يبشر أصحابه بذلك ، فإذا فرح به المسلمون واستبشروا به ، وهنأ بعضهم بعضاً بذلك فلا حرج في ذلك كما فعله السلف الصالح؛ لأنه شهر عظيم ومبارك يفرح به ، لما فيه من تكفير السيئات، وحط الخطايا والمسابقة إلى الخيرات، في أعمال صالحة أخرى

Jawapan : 
Bulan Ramadhan bulan yang agung. Bulan penuh keberkatan, yang mana kaum muslimin bergembira dengannya. Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda turut bergembira dengan kehadiran bulan ini. Nabi s.a.w. juga mengucapkan khabar gembira ini kepada para sahabat baginda.

Maka, apabila kaum muslimin berasa suka dan gembira, mereka akan saling mengucapkan khabar gembira serta bertukar ucapan tahniah antara satu sama lain.  Tiada halangan dalam perkara ini seperti yang dilakukan oleh para salafussoleh. Ini kerana, bulan yang agung lagi berkat ini amat wajar untuk berasa senang dengan kehadirannya. Bahkan, di dalamnya manusia dapat menghapuskan dosa-dosa, melenyapkan noda-noda dan saling berlumba-lumba dalam berbuat kebaikan dan amalan soleh yang lain.

Wallahua'lam
 

****


Nabi s.a.w. bersabda : "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi s.a.w. bersabda : "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi s.a.w. bersabda : "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari) 

****

Di kesempatan ini, IMPI ingin mengucapkan selamat menantikan bulan cinta dan mulia, bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada umat Islam yang dipilih Allah S.W.T..



Welcome, Ramadhan.

Mudah-mudahan kita dapat menutup diari lama yang tidak memberi faedah kepada agama kita dan mengukir lembaran baru penuh makna.  

Be Near Your Lord. 
Kullu A'min Wa Antum Ilallahi Qareeb.
Friends, lets boost our iman. Go!

*InsyaAllah!

No comments: