Sunday, January 30, 2011

Apa Maksud Hadith : “Wanita Kurang Akal dan Agamanya”?


Soalan:

Kita selalu mendengar hadith yang berbunyi, “Wanita itu kurang akalnya dan kurang agamanya.” Hadith ini sering diutarakan kaum lelaki kepada wanita untuk merendahkannya. Kami mohon penjelasan erti hadith tersebut.


Jawapan:

Erti hadith :
Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda : "Wahai kaum wanita, berdermalah kamu dan perbanyakkanlah meminta keampunan, kerana saya lihat jenismulah yang terbanyak dari isi neraka."

Maka bertanyalah seorang wanita cerdik, "Wahai Rasulullah, apa sebab kebanyakan kami ahli neraka?"

Jawab Rasulullah s.a.w. : "Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami, dan saya tidak melihat antara orang-orang yang kurang pandangan (akal) dan agama yang merosakkan jiwa seorang lelaki cerdik dan cermat, lebih daripada kaum wanita."

Katanya pula : "Apakah yang dimaksudkan dengan kurang pandangan (akal) dan kurang pandangan agama?"

Jawab Rasulullah s.a.w. : "Adapun kurang pandangan (akal) ialah kesaksian 2 orang wanita sama dengan seorang laki-laki, inilah maksud kurang pandangan (akal) ; dan pula wanita tidak solat beberapa malam dan tidak berpuasa (waktu haidh dan nifas) di bulan Ramadhan. inilah maksud kurang agama." (Hadis Riwayat Muslim. Kitab Sahih Muslim (Bab Keimanan))

Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa kekurangan akal wanita itu dilihat dari sudut ingatan yang lemah, maka dari itu kesaksiannya harus dikuatkan oleh kesaksian seorang wanita yang lain untuk menguatkannya, kerana boleh jadi dia lupa, lalu memberikan kesaksian lebih daripada yang sebenarnya atau kurang daripadanya, sebagaimana firman Allah S.W.T.:

Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang orang lelaki di antaramu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh seorang lelaki dan dua orang wanita dari saksi saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa, maka seorang lagi mengingatkannya.” (QS. Al-Baqarah: 282)

Manakala, kekurangan agamanya adalah kerana dalam tempoh haid dan nifas, wanita meninggalkan solat dan puasa dan tidak mengqadha (mengganti) solat yang ditinggalkannya selama tempoh haid atau nifas. Inilah yang dimaksudkan dengan kekurangan agamanya. Akan tetapi kekurangan ini tidak menjadikannya berdosa, kerana kekurangan tersebut terjadi berdasarkan aturan dari Allah S.W.T.

Dialah yang memberikan ketetapan hukum seperti itu sebagai wujud belas kasih kepada mereka dan untuk memberikan kemudahan kepada mereka. Ini kerana, jika wanita harus puasa ketika haid dan nifas, maka hal itu akan membahayakannya. Maka kerana rahmat Allah atas mereka, Dia tetapkan agar mereka meninggalkan puasa di saat haid dan nifas, kemudian mengqadhanya bila telah suci.

Berkenaan tentang solat pula, ketika dalam tempoh haid, akan selalu ada unsur yang menghalangi kesucian (keluar darah dan seumpamanya, ia najis). Maka dengan rahmat dan belas kasih Allah S.W.T., Dia menetapkan bagi wanita yang sedang haid agar tidak mengerjakan solat dan demikian pula di saat nifas, Allah S.W.T. juga menetapkan bahawa ia tidak perlu diqadha kerana ia akan menimbulkan kesulitan berat seperti solat berulang-ulang dalam satu hari satu malam sebanyak lima kali, sedangkan haid kebiasaannya seputar 7 & 8 hari bahkan kadang-kadang lebih! Demikian juga dengan nifas, kadang-kadang mencapai 40 hari.


Sungguh, ia rahmat dan kurnia Allah S.W.T. kepada wanita. Dia menggugurkan kewajiban solat dan qadhanya daripada mereka. Namun, hal itu tidak bererti bahawa wanita kurang akalnya dalam segala sesuatu atau kurang agamanya dalam segala hal! 

Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan bahwa kurangnya akal wanita itu dilihat dari sudut kelemahan ingatan dalam kesaksian ; dan sesungguhnya kurang agamanya itu dilihat dari sudut meninggalkan solat dan puasa di saat haid dan nifas. Dan inipun tidak bererti bahwa kaum lelaki lebih utama (lebih baik) daripada kaum wanita dalam segala hal. Ya, memang benar secara umumnya, jantina lelaki itu lebih utama daripada jenis wanita kerana banyak sebab, sebagaimana firman Allah Ta’ala :

Kaum laki laki itu adalah pemimpin pemimpin bagi kaum wanita karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki laki) atas sebagian yang lain (waniat) dan karena mereka (laki laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (QS.An Nisa’: 34)


Akan tetapi adakalanya perempuan lebih unggul daripada lelaki dalam banyak hal. Betapa banyak perempuan yang lebih unggul akal (kecerdasannya), agama dan kekuatan ingatannya daripada kebanyakan lelaki. Sesungguhnya yang diberitakan oleh Nabi s.a.w. di atas adalah secara umumnya begitu.

Tidak ganjil sekiranya terdapat perempuan yang rajin berbuat amal soleh mengalahkan kebanyakan kaum lelaki dalam beramal dan bertaqwa kepada Allahu Ta’ala serta mendapat kedudukannya di akhirat.



Bukan perkara asing juga kebanyakan perempuan mempunyai perhatian yang lebih sehingga ia dapat menghafal dan mengingat dengan baik melebihi kaum lelaki dalam banyak masalah yang berkaitan dengan dia (perempuan). Dia bersungguh-sungguh dalam menghafal dan memperbaiki hafalannya sehingga ia menjadi rujukan. Ia wujud dalam sejarah Islam dan dalam banyak masalah lainnya.



Ini kisah benar. Hal seperti ini sudah sangat jelas bagi orang yang memperhatikan keadaan dan perihal kaum perempuan di zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sesudahnya. Bertitik tolak dari itu, dapat diketahui bahwa kekurangan tersebut tidak menjadi penghalang bagi kita untuk menjadikan perempuan sebagai sandaran dalam periwayatan, demikian pula dalam kesaksian apabila dilengkapi dengan satu saksi perempuan lainnya; juga tidak menghalangi ketaqwaannya kepada Allah S.W.T. dan untuk menjadi perempuan yang tergolong dalam hamba Allah yang terbaik jika ia istiqomah dalam beragama, sekalipun di waktu haid dan nifas pelaksanaan puasa menjadi gugur darinya (dengan harus mengqadha), dan solat menjadi gugur tanpa harus mengqadha.

Semua itu tidak bererti kekurangan perempuan dalam segala hal daripada aspek ketaqwaannya kepada Allah S.W.T, daripada sisi amalannya terhadap perintah-perintahNya dan daripada sudut kekuatan hafalannya dan ingatannya.
Kekurangan hanya terletak pada akal dan agama seperti dijelaskan oleh Nabi s.a.w.


Maka tidak wajar, andainya seorang lelaki beriman menganggap perempuan mempunyai kekurangan dalam setiap perkara dan lemah agamanya dalam segala hal. Kekurangan yang ada hanyalah kekurangan tertentu pada agamanya dan kekurangan khusus pada akalnya, iaitu yang berkaitan dengan validity kesaksian. 

Oleh itu, setiap muslim harus berlaku adil dan objektif dalam menginterpretasikan sabda Nabi s.a.w., dengan sebaik-baik tafsiran.
Wallahu ‘alam.

Fatwa Syaikh Ibn Baaz: Majalah Al Buhuts, edisi 9 hal. 100.
Sumber: Fatwa-Fatwa terkini Jilid 1 Bab Pernikahan
***
Artikel muslimah.or.id

P/S : Artikel ini bertujuan memberikan pencerahan kepada intipati hadith serta huraiannya. Ia sama sekali tidak berperanan untuk 'mengasapkan' mana-mana pihak. Satu perkongsian, bukan sanggahan. Harap maklum. (^__^)

4 comments:

oxaloacetate89 said...

Assamualaikum.

Maafkan saya. Saya bukan ahli agama yang alim tentang ilmu tafsir hadis. Saya juga bukan seorang pelajar jurusan agama.Maafkan saya jika tersalah memberi pendapat.Walaubagaimanapun,terima kasih kerana sudi bertanya.

Sebelum itu saya mahu tanyakan pada saudari. Sudahkan saudari pastikan kesahihan hadis yang di sebut? Jika benarlah memang wujud hadis sedemikian,maka pada pendapat saya:

1. Wanita kurang akal.
Ya,memang kami kurang akal.Bukankah nafsu perempuan ada 9 dan akalnya cuma 1 berbanding lelaki yang punya 1 nafsu manakala akalnya 9?Jadi memang benar kalian lebih tinggi akalnya berbanding kami.Saya akui itu.

2. Wanita kurang agamanya.Nah,apa kamu lupa bahawa wanita itu ibarat tulang rusuk yang bengkok?Dan jangan kamu juga lupa bahawa siapa yang dipertanggungjawab meluruskan rusuk yang bengkok itu dengan penuh hikmah dan lemah lembut kalau bukan kaum lelaki?hehehe)

Pada pendapat saya,hadis ini merupakan pembelaan bagi kaum wanita.Jika hadis ini benar sahih,maka kan sudah diberitahu awal-awal yang kami ini memang kurang akal dan kurang agama.Justeru itu apa gunanya kaum lelaki yang 'tinggi akal dan agama' itu diciptakan oleh Allah taala jika tidak mendidik kami tentang ilmu dan agama?

Kerana itu wanita memerlukan wali yang wajib menjaganya ketika dia masih perawan. Wali bertindak untuk melindungi dan mendidik wanita ke jalan Allah. Wanita itu perlu dilindungi dan diberi perhatian tentang keselamatannya.

Sekarang,jelas terlihat kasih sayang Allah terhadap kaum wanita.Allah menciptakan wanita dengan beberapa kelemahan kerana Allah sangat kasih akan wanita.

p/s: Jika ada kaum lelaki yang menggunakan hadis ini dengan niat merendahkan martabat kaum wanita. Katakan pada mereka:

a) Ibu mereka itu kaum wanita. Jika mereka merendahkan kaum wanita.Sama saja mereka merendahkan ibu mereka. Hanya si tanggang derhaka sahaja yang sanggup merendahkan ibunya.

b) Tidakkah kalian tahu yang wanita itu memang tanggungjawab kaum lelaki?Hadis ini bagaikan kiasan tanggungjawab besar yang perlu kamu pikul wahai kaum lelaki!Sedarkah kalian?

IMPI UTM said...

Hadis itu hadis sahih. Penambahbaikan telah dibuat dalam entry.

Terima kasih.

tasnim said...

Assalamualaikum,

Syukran atas perkongsian yang menarik ini..

Untuk setiap kejadian itu ALLAH telah tetapkan kelebihand an kelemahannya, punya hikmah yang mendalam jika kita mahu meneliti dan berfikir..

Maha Suci ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang memberikan sesuatu itu bertepatan dgn kadarnya...

SyauqiSidi said...

relax jgn sampai apa yg dikatakan pd mulut itu membawa kepada kekeruhan.jgn emo terhadap soal agama. takwakall pd Allah ya ahli. :)