Ucapan “Merry Christmas” kepada orang Christian sejak beberapa tahun ini menjadi kontroversi. Sebahagian ulama’ berpendapat membolehkan kaum muslimin untuk mengucapkan “Merry Christmas” kepada orang Kristian. Ia dianggap sebagai bentuk ihsan (berbuat baik). Manakala sebahagian ulama’ yang lain pula melarang perbuatan tersebut.
Dalil yang digunakan dalam membolehkan hal ini adalah firman Allah Ta’ala :
لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Maksudnya : “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (QS. Al Mumtahanah: 8)
Ini antara dalil yang digunakan untuk menghalalkan ucapan “Merry Christmas” kepada orang Kristian. Mereka memang membawakan dalil, namun apakah pemahaman yang mereka utarakan itu tepat untuk situasi ini? Sebagai penjelasan tentang asbab serta tafsir ayat di atas, boleh klik sini.
Untuk mengetahui manakah yang benar, tentu saja KITA harus merujuk pada Al-Quran dan As-Sunnah, juga pada ijma' ulama. Ajaran Islam ini haruslah difahami dengan JELAS, kosong dari kesamaran.
Kenapa begini? Sebab ini dalilnya.
Kenapa begitu? Kerana ini perbahasan ijma' ulama’, lalu kesimpulannya begitu.
Kenapa tidak boleh buat begini? Sebab ini dalil larangannya.
Kenapa tidak boleh buat begitu? Kerana hadis ini hadis maudhu’, tidak boleh dijadikan hujjah.
Sini, kita yang harus tahu dan faham. Kita semua. Jangan hanya tahu ‘rasa-rasa’ sahaja. Benar, kita semua sedang belajar. Belajar untuk belajar dan faham. Tiada nanti. Usah menunggu konvo, dan scroll berada di tangan, baru nak fahamkan segala. Itu bukan caranya. Semua orang boleh dan harus memahami Islam yang sebenar, tanpa terikat pada kelulusan yang dia punya.
Ingat, ia harus difahami, bukan diikuti membuta tuli.
Segala ilmu yang kita peroleh, harus dipadani dengan model hidup kita : al-Quran dan as-Sunnah. Ya Allah, tunjukilah kami kepada kebenaran dari berbagai jalan yang diperselisihkan –dengan izin-Mu-. Semoga kita mendapat titik terang mengenai permasalahan ini.
Berikut adalah fatwa ulama besar Saudi Arabia, Syaikh Muhammad bin Soleh Al Utsaimin rahimahullah, dari kumpulan risalah (tulisan) dan fatwa beliau (Majmu’ Fatawa wa Rosail Ibnu ‘Utsaimin), 3/28-29, no. 404.
Beliau rahimahullah pernah ditanya :
Soalan :
Soalan :
“Apakah hukum mengucapkan Merry Christmas pada orang kafir (Nasrani) dan bagaimana membalas ucapan mereka? Bolehkah kami menghadiri acara perayaan mereka (perayaan Christmas)? Apakah seseorang berdosa jika dia melakukan hal-hal yang dimaksudkan tadi, tanpa maksud apa-apa? Orang tersebut melakukannya kerana ingin bersikap ramah, kerana malu, kerana keadaan tertekan, atau kerana berbagai alasan lainnya. Bolehkah kita tasyabbuh (menyerupai) mereka dalam perayaan ini?”
Jawapan :
Beliau rahimahullah menjawab;
Memberi ucapan Merry Christmas atau mengucapkan selamat dalam hari raya mereka (dalam agama) yang lainnya pada orang kafir adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan kesepakatan para ulama [baca: ijma’ kaum muslimin], sebagaimana hal ini dikemukakan oleh Ibnul Qoyyim rahimahullah dalam kitabnya Ahkamu Ahlidz Dzimmah.
Beliau rahimahullah mengatakan, “Adapun memberi ucapan selamat pada syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir [seperti ucapan Merry Christmas ] adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijma’ [kesepakatan] kaum muslimin. Contohnya; memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, ‘Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu’, atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan seumpamanya. Kalau memang orang yang mengucapkan hal ini boleh selamat daripada kekafiran, namun dia tidak akan lolos dari perkara yang diharamkan. Ucapan selamat hari raya seperti ini pada mereka sama saja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah. Ucapan selamat semacam ini lebih dibenci oleh Allah dibanding seseorang memberi ucapan selamat pada orang yang minum minuman keras, membunuh jiwa, berzina, atau ucapan selamat pada maksiat lainnya. Banyak orang yang kurang jelas, lalu terjatuh dalam hal tersebut. Orang-orang semacam ini tidak mengetahui kejelekan amalan yang mereka perbuat. Oleh kerana itu, barangsiapa memberi ucapan selamat pada seseorang yang berbuat maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka dia layak mendapatkan kebencian dan murka Allah Ta’ala.” –Demikian perkataan Ibnul Qoyyim rahimahullah-
Beliau rahimahullah mengatakan, “Adapun memberi ucapan selamat pada syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir [seperti ucapan Merry Christmas ] adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijma’ [kesepakatan] kaum muslimin. Contohnya; memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, ‘Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu’, atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan seumpamanya. Kalau memang orang yang mengucapkan hal ini boleh selamat daripada kekafiran, namun dia tidak akan lolos dari perkara yang diharamkan. Ucapan selamat hari raya seperti ini pada mereka sama saja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah. Ucapan selamat semacam ini lebih dibenci oleh Allah dibanding seseorang memberi ucapan selamat pada orang yang minum minuman keras, membunuh jiwa, berzina, atau ucapan selamat pada maksiat lainnya. Banyak orang yang kurang jelas, lalu terjatuh dalam hal tersebut. Orang-orang semacam ini tidak mengetahui kejelekan amalan yang mereka perbuat. Oleh kerana itu, barangsiapa memberi ucapan selamat pada seseorang yang berbuat maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka dia layak mendapatkan kebencian dan murka Allah Ta’ala.” –Demikian perkataan Ibnul Qoyyim rahimahullah-
Dari penjelasan di atas, maka dapat kita dapat faham bahwa mengucapkan selamat pada hari raya orang kafir adalah sesuatu yang diharamkan. Alasannya, ketika mengucapkan seperti ini bererti seseorang itu setuju dan redha dengan syiar kekufuran yang mereka perbuat. Meskipun mungkin seseorang tidak redha dengan kekufuran itu sendiri, namun tetap tidak diperbolehkan bagi seorang muslim untuk redha terhadap syiar kekufuran atau memberi ucapan selamat pada syiar kekafiran lainnya kerana Allah Ta’ala sendiri tidaklah meredhai hal tersebut. Allah Ta’ala berfirman :
إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ وَلَا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ
“Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.” (Qs. Az Zumar [39]: 7)
Allah Ta’ala juga berfirman :
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Qs. Al Maidah [5]: 3)
Soalan :
Soalan :
Apakah Perlu Membalas Ucapan Merry Christmas?
Jawapan:
Jawapan:
Memberi ucapan selamat seperti ini pada mereka adalah sesuatu yang diharamkan, baik mereka adalah jiran, rakan sekelas ataupun lain-lain. Jika mereka mengucapkan selamat hari raya mereka pada kita, maka tidak perlu kita jawab kerana itu bukanlah hari raya kita dan hari raya mereka sama sekali tidak diredhai oleh Allah Ta’ala. Hari raya tersebut boleh jadi hari raya yang dibuat-buat oleh mereka [baca : bid’ah]. Atau mungkin juga hari raya tersebut disyariatkan, namun setelah Islam datang, ajaran mereka dihapus dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w. dan ajaran Islam ini adalah ajaran untuk seluruh makhluk.
Mengenai agama Islam yang mulia ini, Allah Ta’ala sendiri berfirman :
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Qs. Ali Imron [3]: 85)
Soalan :
Soalan :
Bagaimana Jika Menghadiri Parti Christmas?
Jawapan :
Seorang muslim yang memenuhi undangan perayaan hari raya mereka, maka ini diharamkan. Kerana perbuatan semacam ini tentu saja lebih parah daripada cuma sekadar memberi ucapan selamat terhadap hari raya mereka. Menghadiri perayaan mereka juga boleh jadi menunjukkan kita ikut ‘berserikat’ dalam mengadakan perayaan tersebut.
Soalan :
Soalan :
Bagaimana Hukum Menyerupai Orang Nasrani dalam Merayakan Christmas?
Jawapan :
Jawapan :
Begitu pula diharamkan bagi kaum muslimin menyerupai orang kafir dengan mengadakan pesta, atau saling tukar hadiah, atau membahagi-bahagikan makanan [yang disimbolkan dengan ‘Santa Clause’ yang berseragam merah-putih, lalu membahagi-bahagikan hadiah], sama memiliki pokok Krismas atau SENGAJA meliburkan kerja (kerana bertepatan dengan Christmas). Alasannya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud. Syaikhul Islam dalam Iqtidho’ mengatakan bahwa sanad hadits ini jayid/bagus)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Iqtidho’ As Sirothil Mustaqim mengatakan, “Menyerupai orang kafir dalam sebahagian hari raya mereka boleh menyebabkan hati mereka merasa senang atas kebatilan yang mereka lakukan. Boleh jadi hal itu akan mendatangkan keuntungan pada mereka kerana ini bererti memberi kesempatan pada mereka untuk menghinakan kaum muslimin.” -Demikian perkataan Syaikhul Islam-
Apa yang diungkapkan oleh Syaikhul Islam itu, benar. Mungkin bagi mereka, “Ala, sama aja Islam atau tidak. See, raya kita pung, raya dorang jugak”
Hey, mana mungkin kan. No equality! Astaghfirullahalazim.
Barangsiapa yang melakukan sebahagian daripada hal ini maka dia berdosa, baik dia melakukannya kerana alasan ingin ramah dengan mereka, atau supaya ingin mengikat persahabatan, atau kerana malu atau sebab lainnya. Perbuatan seperti ini termasuk cari muka (menjilat), namun agama Allah yang jadi korban! Ini juga akan menyebabkan hati orang kafir semakin kuat dan mereka akan semakin bangga dengan agama mereka.
Astaghfirullahalazim, Allahlah tempat kita meminta. Semoga Allah memuliakan kaum muslimin dengan agama mereka. Semoga Allah memberikan keistiqamahan kepada kita dalam agama ini. Semoga Allah menolong kaum muslimin atas musuh-musuh mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Mulia.
Fatwa Kedua: Berkunjung Ke Tempat Orang Nasrani untuk Mengucapkan Merry Christmas pada Mereka
Masih dari fatwa Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin rahimahullah dari Majmu’ Fatawa wa Rosail Ibnu ‘Utsaimin, 3/29-30, no. 405.
Soalan :
Adakah diperbolehkan pergi ke tempat pendeta, lalu kita mengucapkan selamat hari raya dengan tujuan untuk menjaga hubungan atau melakukan kunjungan?Jawapan:
Tidak diperbolehkan seorang muslim pergi ke tempat seorang pun dari orang-orang kafir, lalu kedatangannya ke sana ingin mengucapkan selamat hari raya, walaupun itu dilakukan dengan tujuan agar terjalin hubungan atau sekadar memberi selamat (salam) padanya. Kerana terdapat hadits dari Nabi s.a.w :
لاَ تَبْدَءُوا الْيَهُودَ وَلاَ النَّصَارَى بِالسَّلاَمِ
“Janganlah kalian mendahului Yahudi dan Nasara dalam salam (ucapan selamat).” (HR. Muslim no. 2167)
Adapun dulu Nabi s.a.w. pernah berkunjung ke tempat orang Yahudi yang sedang sakit ketika itu, ini dilakukan kerana Yahudi tersebut dulu ketika kecil pernah menjadi pembantu Nabi s.a.w.. Tatkala Yahudi tersebut sakit, Nabi s.a.w. menjenguknya dengan maksud untuk menawarkannya masuk Islam. Akhirnya, Yahudi tersebut pun masuk Islam. Bagaimana mungkin perbuatan Nabi s.a.w. yang mengunjungi seorang Yahudi untuk mengajaknya masuk Islam, kita samakan dengan orang yang bertandang ke non muslim untuk menyampaikan selamat hari raya untuk menjaga hubungan?! Tidaklah mungkin kita kiaskan seperti ini kecuali hal ini dilakukan oleh orang yang jahil dan pengikut hawa nafsu.
Fatwa Ketiga: Merayakan Christmas Bersama
Fatwa berikut adalah fatwa Al Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’ (Komisi Tetap Urusan Riset dan Fatwa Kerajaan Arab Saudi) no. 8848.
Soalan:
Adakah seorang muslim diperbolehkan bekerjasama dengan orang-orang Nasrani dalam perayaan Christmas yang biasa dilaksanakan pada akhir bulan Disember? Di sekitar kami ada sebahagian orang yang menyandarkan pada orang-orang yang dianggap berilmu bahwa mereka duduk di majlis orang Nasrani dalam perayaan mereka. Mereka mengatakan bahwa hal ini ‘boleh-boleh saja’. Apakah perkataan mereka semacam ini benar? Apakah ada dalil syar’i yang membolehkan hal ini?
Jawapan:
Tidak boleh kita bekerjasama dengan orang-orang Nasrani dalam melaksanakan hari raya mereka, walaupun ada sebahagian orang yang dikatakan berilmu melakukan semacam ini. Hal ini diharamkan kerana dapat membuat mereka semakin bangga dengan jumlah mereka yang banyak. Di samping itu pula, hal ini termasuk bentuk tolong menolong dalam berbuat dosa. Padahal Allah S.W.T. berfirman :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.” (QS. Al Maidah [5]: 2)
Semoga Allah memberi taufiq pada kita. Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad s.a.w., sahabat-sahabat, serta pengikutnya.
Oleh : Ketua Al Lajnah Ad Da’imah: Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz
Berdasarkan penjelasan di atas, kita dapat menarik beberapa kesimpulan:
Pertama. Kita –kaum muslimin- diharamkan menghadiri perayaan orang kafir.
Kedua. Kaum muslimin juga diharamkan mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada orang Nasrani dan ini berdasarkan ijma’ [kesepakatan] kaum muslimin sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim. Jadi, cukup ijma’ kaum muslimin ini sebagai dalil larangan hal ini. Yang menyelisihi ijma’, ini akan mendapat ancaman yang keras sebagaimana firman Allah Ta’ala :
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Qs. An Nisa’ [4]: 115).
Jalan orang-orang mukmin inilah ijma’ [kesepakatan] mereka.
Oleh kerana itu, yang mengatakan bahwa Al Qur’an dan Hadits tidak melarang mengucapkan selamat hari raya pada orang kafir, maka ini pendapat yang keliru. Kerana ijma’ kaum muslimin menunjukkan terlarangnya hal ini. Dan ijma’ adalah sumber hukum Islam yang ketiga, selepas al-Quran dan al-Hadits. Ijma’ juga wajib diikuti sebagaimana disebutkan dalam surat an-Nisa :115 di atas kerana adanya ancaman kesesatan jika menyelisihinya.
Ketiga. Jika diberi ucapan Merry Christmas, atau apa jua ucapan selamat hari raya agama lain, tidak perlu kita jawab (balas) kerana itu bukanlah hari raya kita dan hari raya mereka sama sekali tidak diredhai oleh Allah Ta’ala.
Keempat. Tidak diperbolehkan seorang muslim pergi ke tempat orang-orang kafir untuk mengucapkan selamat hari raya.
Kelima. Membantu orang Nasrani dalam merayakan Christmas juga tidak diperbolehkan kerana ini termasuk tolong menolong dalam berbuat dosa.
Keenam. Diharamkan bagi kaum muslimin menyerupai orang kafir dengan mengadakan parti Christmas, atau saling tukar hadiah, atau membahagi-bahagikan makanan dalam rangka mengikuti orang kafir pada hari tersebut.
Demikianlah beberapa fatwa ulama mengenai hal ini. Semoga kaum muslimin diberi taufiq oleh Allah untuk menghindari hal-hal yang terlarang ini. Semoga Allah selalu menunjuki kita ke jalan yang lurus dan menghindarkan kita dari berbagai penyimpangan. Hanya Allahlah yang dapat memberi taufiq.
Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihat.
Wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘alihi wa shohbihi wa sallam.
Wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘alihi wa shohbihi wa sallam.
* Sumber : http://muslim.or.id
Penjelasan di atas tidak terhad kepada perayaan Krismas sahaja, malah termasuk juga perayaan-perayaan agama lain. Wallahu ta’ala a’lam.
******
~Baarakallahu lakuma wa baaraka alaikuma wa jama’a bainakuma fil khayr~
Tahniah buat Ukht Wan Nafisah binti Wan A. Rahman dan Ukht Farhatul Hakimah binti Zakaria yang telah selamat diijabkabulkan 18 Disember yang lepas. Selamat memasuki fasa baru dalam hidup. Moga Allah siram sakinah, mawaddah dan rahmahNya untuk keluarga-keluarga yang baru dibina ini, berkekalan dunia & akhirat. Amiin.
3 comments:
nice entry...
perkara yg nmpak simple tp mmg ssh nk pisahkan drpd budaya & kehidupan.
terkadang niat baik x bermaksud m'dtgkan kebaikan...
mudah2an segala amalan kita tak tergelincir drpd landasan yg telah ditetapkan.....
mgikut dalil yg ptama tu..
rasenya,
x salah nak ucap.
sbb salah satu bentuk ihsan
tp cuma jgn meraikan je
*faham2 la kalo parti die mcmane*
silap2 kasi holywater.murtad trus =.=
nauzubillah.
tul gak ek...hummm
Post a Comment