Thursday, November 4, 2010

Masanya telah tiba.


Musim peperiksaan datang lagi.

Di kesempatan ini, IMPI ingin berkongsi tentang beberapa petua pelajar cemerlang oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah yang mungkin boleh diaplikasi oleh para calon untuk peperiksaan yang bakal menjelang.




1. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

  • kita ingat 10 % apa yang dibaca
  • kita ingat 20% apa yang didengar
  • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan

2. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan 


3. Belajar dalam persekitaran kondusif.

  • pastikan cahaya adalah terang
  • kurangkan gangguan bunyi
  • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  • kerusi dan meja menghadap kiblat
  • jangan lupa untuk senyum!



4. Mempunyai teknik membaca yang betul:
  • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
  • memberikan tumpuan sepenuhnya
  • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

5. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.



6. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

7. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.


8. Tahu petua mengulang kaji
  • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
  • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
  • duduk tegak di kerusi yang selesa
  • baca doa penerang hati
  • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
  • fikir dan ingat kembali isi utama
  • catat/lakar/warna


  • semak semula ketepatan maklumat
  • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
  • jawab soalan
  • tampal maklumat yang rumit di dinding
  • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

9. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan, menikmati makanan kegemaran dan sebagainya.

10. Tahu petua-petua agar tidak lupa :
  • jangan minum semasa makan
  • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  • jangan melihat kemaluan
  • jangan melihat buih
  • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
  • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  • banyakkan makan kekacang
  • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • jangan makan sehingga terlalu kenyang
  • jangan kencing berdiri

11. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja, tetapi juga pada akhlak serta tingkah lakunya. Semoga bermanfaat.
Apa yang penting, mulakan dengan usaha, diikuti dengan doa dan disusuli dengan tawakal kepada Allah.

Orang yang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya pada masa lalu, tetapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang!










2 comments:

103060 said...

masih belum terlambat utk aplikasi petua ni...ayuh sama2 cari lokasi yg sesuai utk stadi..bukan utk stadi hard but stadi smart...seeloknya wat grup discussion...

syukran atas perkongsian tips...

Anonymous said...

memberi saya semangat
dapat mengingat kan saya kembali
cara belajar yg berkesan...
penambah baikkan:
1)maybe letak ayat al-quran yg dapat memberi smgt tok blajar
contohnya surah al-insyirah " bersama kesusahan ade keseangan"...
tq