Bismillah . . .
Kata orang, masa itu emas.
Kalau emas, tentulah berharga dan bernilai.
Kata orang lagi, masa itu nyawa.
Boleh terbunuh jika dipersia.
Kata orang putih, busy as a beaver.
Kata orang Jawa, suuweok sajak a’n ne.
Dalam loghat Kelantan pula, sibuk do’oh loni.
Ujian, pembentangan, pencerapan, hantar tugasan dan lain-lain.
Sibuk yang macam-macam.
Orang yang suka tidur pun sibuk juga.
Orang yang suka berhibur dan berlibur pun sibuk juga.
Ya, mereka sibuk buang masa.
Kata masa itu emas. kenapa buang emas? Membazir.
Membazir itu amalan syaitan.
Kata masa itu nyawa. Kenapa dibunuh masa begitu saja.
Membunuh itu jenayah, berdosa besar.
[Oh, apa yang mahu dikatakan ni..]
Betapa melalui kesibukan ini, timbul tanda tanya… sibuk sangatkah kita?
Kalau benar sibuk, sibuk yang bagaimana?
Dan betapa sejenak, mari kita muhasabah..
Apa khabar kesibukan kita..
Akan status sebagai da’ie…
Ya, kita da’ie.
Kerana kita sudah membenarkan di hati, melafazkan di lisan, dan ber’amal dengan anggota. Kalimah La Ilaha Illallah.
Tapi, apa benaran kita sudah buat kerja dakwah?
Kerja dakwah apa yang sudah kita lakukan?
Menekan dan tertekan… sibuk sangatkah kita?
Wahai diri, ingatlah..
Perjuangan dalam belajar dan dakwah,
bukan untuk orang yang manja.
bukan untuk orang yang manja.
Sila aktifkan diri, sibukkan diri, paksalah diri, relakan hati.
Betapa sesungguhnya, orang yang sibuk sahaja yang punya masa!
Let’s work together, the best that we can!
Let’s pray together, the best is Allah’s plan!
KEEP MOVING FORWARD.
5 comments:
jgn biarkan mase mencuri kte..biar kte yg selalu mencuri masa dgn buat perkara yg berfaedah..
setuju dgn anonymous.
"mencuri" dalam membuat perkara yang berfaedah dibenarkan.
:-D
posting yg menarik...tahniah...teruskan usaha..
adakah kita 'pencuri' masa sebenarnya??
Alhamdulillah, komen sudah makin bertambah!
baik, ini sekadar pandangan, merujuk pada soalan yang diutarakan dalam komen di atas.
saban detik dan ketika, kita hidup seiring dengan masa. 1 minit, 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, hinggalah bertahun lamanya.
namun, keberadaan masa di samping kita selalu dan sntiasa disia-siakan. ini bukan lagi kajian mana-mana pakar dunia, sebaliknya termaktub dalam firman Allah surah al-A'sr, bahawa manusia ini sentiasa dalam kerugian. Rugi kerana sibuk buang masa. Rugi kerana tidak mengoptimumkan masa dengan sebaiknya.
jadi, konsep 'mencuri masa' ini bermaksud 'mencuri masa-masa yang terlalu banyak disia-siakan itu, untuk digunakan dalam perkara yang bermanfaat, dan penggunaan masa yang berkualiti'.
Wallahua'lam.
Post a Comment