Assalamualaikum semua.
Semoga sentiasa di bawah naungan Ilahi, berkat dan kasih-sayangNya.
Kali ini kita akan berbicara tentang nombor 7.
Hmm..apa yang berkait dengan nombor 7?
Hmm..apa yang berkait dengan nombor 7?
Hiburan.... ntv7 Saluran Ceria Anda?
Minuman.... Slurpee di 7Eleven?
Kecantikan....Oh ya, 7 tanda penuaan kulit? (Ups!)
Pembaca yang dirahmati Allah, sebenarnya penulis ingin mengaitkan nombor 7 dengan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w. adalah role model yang multidimensi sifatnya. Sesiapapun boleh meneladani baginda, ketika manapun, dalam apa jua keadaan. Kehebatan yang baginda miliki begitu holistik. Terlalu kerdil rasanya diri untuk menggambarkan peribadi Muhammad s.a.w. yang begitu agung dalam ruang yang singkat ini.
Berikut disenaraikan 7 sunnah Rasulullah s.a.w. yang dimaksudkan. Sila hayati dan masukkan ke dalam hati:
1. Solat Tahajjud
Solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.
Telah diceritakan bahawa terdapat seorang lelaki yang tidur malam sehingga subuh dan tidak bangun solat malam. Nabi s.a.w bersabda: "Lelaki itu, syaitan telah kencing di kedua belah telinganya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Fudail bin Iyad telah berkata: "Apabila kamu tidak mampu untuk qiamullail; dan puasa sunat pada siang hari, maka ketahuilah sesungguhnya kamu telah dibelenggu dengan maksiat yang kamu lakukan.” Astaghfirullahalazim.
2. Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari
Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)
3. Jadikan masjid sebagai teman
Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."
4. Jaga Solat Dhuha (Magnet Rezeki)
Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir (Anggaran bermula jam 8pg - 12tghari). Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
5. Jaga Sedekah
Firman Allah yang bermaksud : “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)
Kata Khalifah Ali bin Abu Talib : "Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
7. Melazimi istighfar di hati dan di lidah
Jumlah paling minimum istighfar dalam sehari ialah 100kali. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)
7 Shortlist :
1. Solat Tahajjud
2. Membaca Al-Quran sebelum matahari terbit
3. Jadikan masjid sebagai teman
4. Jaga solat Dhuha
5. Jaga sedekah
6. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’
7. Melazimi istighfar di hati dan di lidah.
7 comments:
selamat beramal dgn 7 sunnah tersebut....
ayuh!
Salam 'Alaik..
Mnarik infO ni..
bOleh x saya nk cOpy post ni ??
W'salam.
Silakan copy..
Benda2 baik perlu dikongsi..
tahniah...info menarik...terkadang alpa dgn perkara mudah tapi ganjaran yg lumayan...
Mujahadah!
syuran atas perkongsian ilmu..
Post a Comment