Thursday, September 16, 2010

Bangun Dari Cuti, Kawan!


Cerita 1




Petang itu, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Nun di sebuah rumah di tepian pantai, di Kampung Nechang, Pengkalan Kubor, Amy (bukan nama sebenar) sedang sibuk mengemaskan barang. Isnin 20hb Okt 2010, akan bermula sesi P&P di UTM. Jadual pantas ditilik. Uh, masa pertama di kelas Ibnu Khaldun, jam 10 pagi. Yosh!

Checklist barang yang mahu dibawa diteliti. Takut-takut ada yang tertinggal.

Biskut Cornflakes dan dodol. Ada.

Baju raya dan keronsang baru. Ada.

Amy tersenyum lega. Alhamdulillah, siap juga semuanya. Tak sabar rasa mahu bercerita kepada rakan-rakan sekuliah ceritera hari raya - kisah terkena percikan minyak di dahi ketika menggoreng ayam, bermain mercun roket bersama adik beradik, meladeni keletah anak saudara yang baru tumbuh gigi dan macam-macam lagi. Berkobar-kobar juga mahu mengupload gambar-gambar pose menarik pada pagi raya di Facebook.

Selesai bersiap, Amy menyalami ibu bapanya. Beg-beg dibimbit menuju ke kereta.

Menunggu di Stesen Keretapi Tumpat jam 6.30 petang, dan keretapi mula menyusur menuju Stesen Keretapi Johor Bahru sejurus setengah jam selepas itu. Perjalanannya yang memakan masa lebih 12 jam itu memungkinkan segala macam berlaku.

Alhamdulillah, perjalanan itu diizinkan Allah selamat tiba pada masanya.


*************

Cerita 2

Suhaila (bukan nama sebenar) sibuk mencari-cari sesuatu. Sesuatu yang amat dan sangat penting untuk dirinya. Kehilangan sesuatu itu bakal memberi impak yang besar. Dia maklum benar tentang itu. Oh, buku..di mana kamu, getus hatinya. Ya, ia sejenis buku. Habis rak buku dan almari baju diselongkar, hasilnya hampa. Namun Suhaila terus dan terus mencari.

Minum petang sudah tersedia di meja makan. Suara ibu dari dapur mengajak Suhaila minum bersama. “Masih ada yang belum siap, ibu”, jawab Suhaila sopan. Setengah jam lagi, seputar jam 5 petang nanti, ayah akan menghantar Suhaila ke Kulai.

15 minit berlalu, Suhaila masih tekun mencari buku tersembunyi. Peluh di dahi mula terbit. Dia lantas memutuskan untuk memasukkan barang-barang yang lain ke dalam beg terlebih dahulu. Dia mula membuka zip beg sandang, dan…dia menjerit!

“Aaaaaaaa…..,di sini rupanya! Aduh, masyaAllah, aku tak bawa keluar dari beg pun sebenarnya!!”. Dia lalu ketawakan diri sendiri dan mengutuk kelalaiannya.



Oh, Buku Persediaan Mengajar nadi Latihan Mengajar..

Dia lantas bersiap dengan kadar semaksimum segera, dan kemudian keluar menyalami ibunya. Ibu menghulur bungkusan, dan dia menyambut. Oh, kerepek tempe. Ya, ibu memang memahami selera tekaknya. Suhaila tersenyum lebar, terima kasih ibu.

Suhaila hanya melelapkan mata sepanjang perjalanan daripada Rengit ke Kulai. Sejam setengah berlalu, Suhaila selamat tiba di rumah sewanya. Alhamdulillah.


*************



Kisah Amy dan Suhaila hanya rekaan imaginasi. Mungkin juga sebahagian daripada pengalaman yang telah kita alami.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, sidang redaksi IMPI mengucapkan…

Selamat Kembali

Welcome Back

다시 오신 것을 환영합니다.


أهلا بكم

Semoga sekembalinya kita daripada cuti kali ini, sekembalinya juga kita daripada melalui madrasah Ramadhan membawa kita menjadi seorang yang lebih baik.

Membawa diri dan iman yang lebih padu.

Membawa ruh ingin berjaya dan membawa orang di sekeliling kita turut berjaya.

Berusaha untuk menyiapkan assignment tanpa rasa bertangguh [walaupun belum tarikh akhir], juga berusaha menulis Lesson Plan dan mengajar tanpa rasa sambil lewa [walaupun bukan tarikh pencerapan oleh guru atau pensyarah pembimbing].

Orang Islam harus sentiasa bersungguh-sungguh dan bersemangat!

Mudah-mudahan Allah permudahkan, amiin.





2 comments:

rijal said...

kisah imaginasi yg mencerminkan realiti.....kdg2 tertawa sendirian bila membacanya...idea yg menarik..tahniah...

Anonymous said...

bukan imaginasi semata-mata, tapi hakikat sebEnar yang terjadi dalam kehidupan harian..(^_^)