Sunday, February 12, 2012

Kombinasi Kata Jua Dedikasi

saya tahu, saya hanya posisikan hati saya pada orangnya dan tiba masanya


Keinginan Berumahtangga

Kawanku, 
Perkahwinan bukanlah semata-mata untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan sebelumnya. Perkahwinan ialah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab. Perang melawan keinginan nafsu adalah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan dugaan-dugaan selepas berumahtangga. 

Kawanku,
Perkahwinan perlu dibina dalam keadaan rasional, bersulamkan emosi pengikat diri. Langit tidak selalu cerah. Ada hari, rumah tangga belayar dalam perahu cinta. Ada harinya pula, rumahtangga bertahan dengan rasa tanggungjawab dan amanah di sisi yang Esa. 

Hasrizal Abdul Jamil




Fasa baru.


Perkahwinan itu Ibadah, Tanggungjawab & Amanah


Kawanku, 
Kita haruslah memandang urusan perkahwinan sebagai ibadah kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Semata. Tidak selainNya. 

Benarlah Rasulullah SAW bersabda: "Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya. Maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan suaminya. Maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya." (HR Abu Dawud dengan isnad sahih)


Kawanku, 
Setiap yang bergelar suami dan isteri itu mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab.

Benarlah Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (QS at-Tahrim: 6)


Mustafa Masyhur








Rumahtangga Sakinah Mawaddah wa Rahmah


Kawanku, 
Sungguh, Allah-lah yang telah menentukan jodoh kita. Berpasang-pasangan agar wujud sakinah dalam diri. Namun, ketahuilah, lafaz 'ja'ala' bersama mawaddah wa rahmah yang disebut dalam firmanNya bukanlah dikepilkan bersama pasangan yang Allah telah tentukan sejak 4 bulan dalam rahim bonda. 

Lafaz 'ja'ala' dalam aspek bahasa merujuk kepada usaha kita sebagai manusia, samaada untuk mencipta mawaddah wa rahmah atau enggan merealisasikannya. Semoga berjaya memperolehi ketiga-tiganya, dan mempertahankannya hingga ke syurga. Amin.

Dr. Miftahurrohim






Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada ukhti Nurain bte Nor Azme & pasangan yang telah selamat diijabkabulkan pada 3hb Februari yang lalu. Juga, didedikasikan buat mantan Amir IMPI, Md. Hamzaimi Azrol b. Md. Baharudin bersama ukhti Siti Aishah binti Ishak yang bakal memasuki alam baru 24hb Februari ini.




"Barakallahu lakuma wa baaraka a'laikuma wa jama'a bainakuma fil khayr.."

No comments: