Bulan Muharram adalah bulan sulung dalam kalendar Islam. Padanya terkandung kelebihan yang membezakannya dengan bulan yang lain. Kehadirannya membuka suatu peluang yang baik untuk kita memulakan langkah yang baru, di awal tahun begini.
Sesuai dengan musim ‘Salam Maal Hijrah’, yang lazim bertamu di pelupuk mata, mahupun di gegendang telinga. Bersama hijrah. Ya, mudah-mudahan ia tidak tinggal hanya sebagai tulisan mahupun ucapan, tanpa sebarang tindakan.
Amat wajar untuk kita mengambil manfaat seoptimumnya, kan.
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
Sabda Rasulullah s.a.w. tatkala beliau ditanya, puasa apa yang lebih utama dari bulan Ramadhan? Nabi s.a.w. menjawab : “Bulan Allah yang kamu sebut bulan itu, Muharam.” (Hadis riwayat Muslim)
Hadis-hadis di atas membawa maksud puasa secara umum, tiada penetapan tarikh secara khusus oleh baginda. Nabi s.a.w. jelas menyebut ‘bulan’, maka ia beerti puasa sunat Muharam boleh dilakukan sepanjang bulan tersebut.
Selain itu, terdapat juga puasa sunah khusus dalam bulan ini, iaitu puasa Tasu'a dan A'syura (9 dan 10 Muharam). Ia berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Puasa Hari Asyura menutupi dosa setahun yang lalu.” (Hadis riwayat Muslim)
Puasa punya kelebihan, antaranya dapat membiasakan orang jadi sabar dan mengajarkan pengendalian nafsu. Juga melahirkan taqwa dalam jiwa, dan mendidiknya. Selain itu, puasa dapat mendidik umat Islam berdisiplin dan bersatu, cinta keadilan dan persamaan serta membuah kasih sayang.
Tambahan lagi, ternyata puasa berkuasa membersihkan perut dan memperbaiki pencernaan serta membersihkan tubuh daripada sisa makanan yang menimbun sekaligus meringankan kegemukan.
Semua orang mahu sihat. Ini tips terbaik daripada Nabi s.a.w. : “Puasalah kamu, kamu akan sihat”
Jadi bila puasa, dapat dua dalam satu. Sihat ruh dan sihat jasad, insyaAllah.
***
3 comments:
Ayuh !!!
Kata Rasulullah s.a.w. : Tiada lagi hijrah sesudah hari ini, sesungguhnya yang ada ialah Jihad & Niat.
Dari maksiat kepada taat.
Dari kejahilan kepada ilmu & amal.
Dari hamba nafsu kepada musafir menuju redha Tuhan.
Adakah kita dalam kalangan mereka?
mudah-mudahan...
apa yang penting niat dan sematkan dalam diri untuk sentiasa berhijrah..seumpama seorg musafir yg bukan ditempatnya...belajar & bertanya utk kebaikan destinasi ditujunya...dgn matlamat tidak berpatah balik & sedia mengharungi cabaran yg dilaluinya...
Post a Comment