Wednesday, December 1, 2010

Cerita Awal Cuti

Alhamdulillah, musim peperiksaan sudah beredar.
Sekarang semua sudah boleh senyum lebar-lebar.
Langkah terakhir : Doa jangan putus ya!



******


Kita dikejutkan dengan khabar dukacita, baru-baru ini. Ukhti kita, Nur Faezah binti Bakrin (2SPI) mengalami kecelakaan jalanraya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Melaka. Kami, warga redaksi IMPI mendoakan agar beliau kembali pulih seperti sediakala. Allahummasyfiiki ya ukhti. Cepat sembuh ya adik manis.

******




Sesungguhnya berkelana mencicip ilmu dan pengalaman di negara orang suatu pengalaman yang indah. Ilmu tidak terhad untuk ditadah di dalam kelas sahaja, bukan? Selain dapat menambah ilmu dan berhadapan realiti kehidupan, mentadabbur alam juga membuatkan kita semakin dapat merasai kekuasaanNya. Menjadikan semua yang ada di sekeliling kita. Mencipta langit yang sama untuk kita di Malaysia, juga di Acheh sana, serta segenap pelusuk bumi. Maha Besar Allah.

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (al-Mukmin:57)

Selamat berangkat buat pelajar tahun 4 yang akan menjejakkan kaki ke bumi Acheh. Mudah-mudahan niat murni yang dikandung terus mekar kudus, tiada menyimpang. Moga segala perancangan yang telah dibuat, Allah lancarkan urusannya. Setiap penat, masa, dan tenaga yang dicurahkan,  mudah-mudahan Allah hisab semuanya, insyaAllah. When the going gets tough, the tough gets going!

InsyaAllah, jika tiada aral, kita akan dapat berkongsi pengalaman daripada mereka di ruangan blog ini.

Selamat pergi dan kembali,
Kami (adik-adik) menanti,
Titipkan ibrah berharga kepada kami,
Moga jadi penguat jati diri.

*Nak ikot jugak!

4 comments:

nana said...

travel more, learn more...

tasnim said...

InsyaALLAH..doakan kami semua selamat dan dipermudahkan urusan oleh Allah..

103060 said...

moga Allah permudahkan segala urusan kalian pergi dan pulang...

IMPI UTM said...

Amiin ya rabb