Ukhuwwah
Berapa banyak orang bercerita tentang persahabatan, tetapi sedikit yang mengaitkannya dengan keimanan. Sedangkan persahabatan dan persaudaraan yang benar itu lahirnya dari iman. Ia suatu anugerah suci [minhatun qudsiyyah] dan sebuah nikmat Ilahi [ni’matun ilahiyyah] yang Allah berikan bukan kepada semua manusia. Namanya ukhuwah.
Ianya cerita tentang hati, sedangkan kita tahu siapa yang mampu membolak balikkan hati manusia. Tidak lain tetapi Allah.
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.”
Ukhuwah itu amazing. Dan Allah itu Maha Luas KecintaanNya…
“Orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku, untuk mereka singgahsana daripada cahaya yang sangat indah. Mereka dicemburui oleh anbia’ dan syuhada.” (Riwayat at-Tirmizi)
Jadi apakah jalan untuk meraih [minhatun qudsiyyah] dan [ni’matun Ilahiyyah] yang rare, istimewa ini? Sudah pasti ia bukan percuma. Ada harganya.
Harganya adalah tasbih di waktu sahur dan taqwa. Tasbih di waktu sahur adalah qiyam, dan qiyam adalah amalan yang melonjakkan iman. Ringkasnya [minhatun qudsiyyah] dan [ni’matun Ilahiyyah] ini dicapai melalui iman dan takwa.
2 kata laluan. Iman dan taqwa.
Iman adalah membenarkan dengan hati [as-Sidqu bilQalbi]. Menyebutnya dengan lidah [an-Nutqu bilLisan]. Beramal dengan tubuh badan [al-Amalu bilJawarih]. Apa yang perlu diimani? [Allah, Malaikat, Kutub, Rusul, Yaumil Akhir, qada’ dan qadar.]
Ringkasnya taqwa pula adalah rasa takut pada Allah yang mendatangkan rasa tanggungjawab untuk mentaati perintah [thaa’atun bi-awamir] dan meninggalkan larangan Allah [ijtinaabun nawaahi].
Saya ingin bertanya, siapakah manusia di dunia ini yang mempunyai ukhuwah terbaik, yang patut dijadikan teladan?
Sudah tentu generasi alQuran. Nabi dan para sahabat. Berapa lama Nabi memfokuskan pembinaan asas iman dan takwa?
13 tahun di Makkah. Solid Tarbiyyah oleh Nabi.
Nah, masih ingatkan kisah ukhuwah antara sahabat di zaman Nabi? Berkorban [tadhiyyah] dan mengutamakan orang lain [itsar] jadi perkara mudah. Ha, kamu yang sedang scroll down, sebutkan peringkat-peringkat ukhuwah!
Syarat Ukhuwwah
Sekarang, bagaimana menjadikan suatu hubungan persahabatan kita menjadi ukhuwah yang diredhai Allah?
Syaratnya ini :
1. Ukhuwah kerana Allah semata
2. Iltizam dengan manhaj Islam.
3. Tertegak atas dasar nasihat-menasihati kerana Allah
4. Saling tolong-menolong dalam susah atau senang.
Kalau dalam hati kita ada dengki, benci, sakit hati, kecil hati dengan sahabat-sahabat kita, maknanya ada yang tidak beres dengan iman kita, taqwa berkecamuk. Ini sifirnya.
Aduh, lalu apa yang harus dilakukan?
Setiap yang beriman itu bersaudara. Allah mendahulukan iman sebelum hadirnya hubungan bersaudara. Kerana iman itu asasnya, akidah itu ikatannya, dan hasilnya semua manusia yang terikat dengan ikatan itu adalah bersaudara.
Tahap paling rendah ukhwah adalah berlapang dada. Dan yang tertinggi adalah mengutamakan saudaranya melebihi diri sendiri. Teori, sangat mudah dilafazkan. Tapi praktikalnya, bukan semudah bicara.
Kita semua berhajat besar, mahu menjadi seperti orang-orang Ansar yang menjadi contoh kerana punya ukhwah yang terbaik. HIJRAH, peristiwa besar itu yang menyaksikan bagaimana Ansar begitu mengutamakan orang-orang muhajirin berbanding diri mereka sendiri.
Oh, sebenarnya, untuk berlapang dada tidak mudah, walau hanya bertatih.
Sebut memang senang, tapi bila berhadapan dengan berbagai kerenah saudara-saudara seiman, kadang-kadang kalah juga hati-hati kita, bermonolog yang bukan-bukan.
Oh, Beristighfarlah dengan ikhlas…
Oh, Beristighfarlah dengan ikhlas…
Saudaraku,
Sebenarnya di dalam jiwa setiap manusia, terkandung sifat pemaaf. Pastinya itu adalah anugerah dari Allah ya Ghaffur. Cuma kadang-kadang sifat itu terlindung dan ditutup oleh belenggu-belenggu jahiliyyah.
Bait-bait cinta Allah dalam Al-Furqan mestilah diambil pengiktibaran. Berulang-ulang Allah menyebut… Innallaha ghafururrahimm… Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Innallaha tawwaburrahim… Sungguh, Allah Maha Penerima Tawbat, Maha Penyayang.
Allah Ya Ghafur telah menyatakan bahawa Dia Maha Pengampun. Allah benar-benar mahu khabarkan kepada kita bahawa Dia telah siap sediakan pengampunan kepada hamba-hambaNya sebelum mereka melakukan apa pun dosa. Kerana Dia Maha Mengetahui bahawa setiap sesuatu di alam jagat ini hanya bergantung kepadaNya yang Maha Esa.
Pengampunan yang tersedia ini bukanlah bermakna bahawa manusia bebas melakukan apa sahaja. Tetapi Ia seolah-olah adalah satu teguran lembut daripada Allah, “Tidakkah kamu mahu bersyukur?”. Maha suci Allah yang Maha penyayang!
Saudaraku,
Terlalu banyak duri-duri ukhwah dalam setiap langkah kita dalam perjuangan hidup ini. Harus kita ingat bahawa orang yang bertaqwa itu perlu berhati-hati dengan mengelakkan dzon (prasangka) yang bukan-bukan. Kerenah manusia pelbagai ragam. Namun, iman yang sejati pasti dapat menyelamatkan. Ingatlah… Innallaha ghafururrahim…
Maka, sediakanlah kemaafan dalam hatimu kemas-kemas. Walau apa pun yang berlaku dalam ukhwah kita, ambillah kemaafan itu dan serahkanlah pada saudara-saudara kita. Kemudian ukirlah senyuman manis dan sediakan kembali kemaafan di dalam hatimu untuk episod-episod hidup yang mendatang. Itulah sebahagian yang dinamakan berlapang dada… Mudahan-mudahan kemanisan iman dapat kita kecap kerana cinta kita pada saudara kita adalah semata-mata kerana Allah.
Sediakanlah kemaafan… Sebarkanlah kasih-sayang…
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِى اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ:إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌ نَشَأ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجَلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ: إِنَّى أخَافُ اللهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأخفَاهَا حتَّى لاَ تَعْلَمُ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَلِيْلً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah saw. bersabda:
“Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan di hari kiamat. Hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya:
1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang masa hidupnya digunakan untuk mengabdi kepada Allah
3. Orang yang hatinya sentiasa terpaut di masjid
4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya
5. Laki-laki yang diajak berbuat ma’siat oleh wanita bangsawan lagi cantik, api ia menolak dengan berkata : “Saya takut kepada Allah”
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan dirinya tidak tahu apa yang disedekahkan tangan kanannya
7. Orang yang selalu berdzikir di waktu sendirian hingga mengalir air mata”.(Hadith Sahih Bukhari)
4 = [Ejtama’aa aleyh] + [Tafarraqa aleyh]
Ya Allah… lapangkanlah dada kami, mudahkanlah urusan kami dengan rahmatMu, dan perelokkanlah akhlak dan butir bicara kami demi mengangkat kalimahMu di hati-hati ummat ini… Amin.
Allahu’alam.
8 comments:
Tahniah, 2 jempol (javanese) utk posting kali ini :)
Masa utk membuat penilaian & muhasabah diri, khususnya diri ini:)...Adakah mulut (bicara) & tangan(perlakuan) "sehati sejiwa" @ "seiring dan sejalan"...
Tahniah buat Redaksi_IMPI atas artikel yg memberi kesan...TERUSKAN USAHA SEBAGAI TEKNO-DAIE...
ukhuwwah kerana Allah,insyallah kekal ke syurga nnti..
Assalamualaikum..
Entry yang terbaik..! InsyaALLAH..
Sama-sama bermuhasabah..
assalamualaikum. entry yang menarik.. mohon untuk dicopy boleh??
Wslm.
Silakan Anonymous, mohon jasa baik juga utk letak link ke sini.
Terima kasih.
techno-daie? ha ha.. apakah?
pendakwah + teknologi = tekno daie
daie pembangun teknologi, atau daie pencacai membuntuti teknologi?
daie. Tugasnya menyeru. Menyeru kepada ketundukan mutlak hanya kepada Allah. Menyeru kepada pengingkaran terhadap taghut.
Bukan kepada teknologi. Inti kejayaan Islam bukan teknologi.
daie pengekor teknologi?? ha ha...
berbangga dengan tamadun bankrup tu.. hei, sepatutnya kita berdendam dengan mereka, [si penindas dunia] teknologi tidak terarah.
Manusia perlukan tamadun yang lain, dengan asas yang jauh menjunam ke dalam bumi, dengan teknologi yang jelas tujuannya.
Tidak semudah menyebut dan berusaha menjadi 'techno-daie'..
Mind to explain that term further?
Jzkk
Post a Comment