Monday, December 20, 2010

Muslim dan “Merry Christmas” : Ihsan atau larangan?



Ucapan “Merry Christmas” kepada orang Christian sejak beberapa tahun ini menjadi kontroversi. Sebahagian ulama’ berpendapat membolehkan kaum muslimin untuk mengucapkan “Merry Christmas” kepada orang Kristian. Ia dianggap sebagai bentuk ihsan (berbuat baik). Manakala sebahagian ulama’ yang lain pula melarang perbuatan tersebut.

Thursday, December 9, 2010

Langkah Pertama

 
Bulan Muharram adalah bulan sulung dalam kalendar Islam. Padanya terkandung kelebihan yang membezakannya dengan bulan yang lain. Kehadirannya membuka suatu peluang yang baik untuk kita memulakan langkah yang baru, di awal tahun begini. 

Monday, December 6, 2010

Doa Awal & Akhir Tahun


Jika anda mahasiswa, saya cabar anda membacanya.

Wednesday, December 1, 2010

Cerita Awal Cuti

Alhamdulillah, musim peperiksaan sudah beredar.
Sekarang semua sudah boleh senyum lebar-lebar.
Langkah terakhir : Doa jangan putus ya!


Tuesday, November 23, 2010

[Ejtama’aa aleyh] + [Tafarraqa aleyh]

Ukhuwwah



Berapa banyak orang bercerita tentang persahabatan, tetapi sedikit yang mengaitkannya dengan keimanan. Sedangkan persahabatan dan persaudaraan yang benar itu lahirnya dari iman. Ia suatu anugerah suci [minhatun qudsiyyah] dan sebuah nikmat Ilahi [ni’matun ilahiyyah] yang Allah berikan bukan kepada semua manusia. Namanya ukhuwah.

Friday, November 12, 2010

Dua Puluh Dua

Oleh : Abu Hamzah (Petikan daripada risalah buletin IKATAN Mesir)

Satu ciri istimewa yang dimiliki oleh surah Al-Hajj ialah satu-satunya surah yang dinamakan dengan salah satu daripada rukun Islam. Ibadah haji merupakan topik asasi bagi surah Al-Hajj. Di sini, kita dapat lihat betapa tingginya nilai ibadah haji dalam kehidupan muslim.

Sekiranya kita membaca permulaan surah Al-Hajj, kita akan mendapati bahawa ayat-ayat tersebut memfokuskan kepada hari kiamat, hari kebangkitan dan tempat kembali sehinggalah ayat-ayat tersebut berpindah topik berkisarkan jihad di jalan Allah. Kemudian, ayat-ayat seterusnya menjurus kepada pengabdian dan ketundukan sebenar-benarnya kepada Allah S.W.T.

 

Tuesday, November 9, 2010

Bulan Haji

Assalamualaikum semua.

Apa khabar? Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat dan iman yang berwajah ceria.

Hari ini sudah masuk hari ketiga bulan dua belas (3hb 12).

Ya, saya tidak silap menulis. Setting di jam tangan serta telefon bimbit anda juga masih belum rosak.

Thursday, November 4, 2010

Masanya telah tiba.


Musim peperiksaan datang lagi.

Di kesempatan ini, IMPI ingin berkongsi tentang beberapa petua pelajar cemerlang oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah yang mungkin boleh diaplikasi oleh para calon untuk peperiksaan yang bakal menjelang.


Saturday, October 30, 2010

Sabar itu...



Hidup ibarat roda. Adakala kita di atas, adakala di bawah.
Hidup umpama cerita. Ada berita gembira, ada berita duka.
Dalam hidup ini adakalanya kita tersadung. Mungkin juga terjatuh, kemudian bangkit semula. Atau, terjatuh yang tidak bangun-bangun lagi.

Wednesday, October 27, 2010

7 : Remind Yourself!

Assalamualaikum semua.
Semoga sentiasa di bawah naungan Ilahi, berkat dan kasih-sayangNya.

Kali ini kita akan berbicara tentang nombor 7
Hmm..apa yang berkait dengan nombor 7?


Saturday, October 23, 2010

Demi Masa


Bismillah . . .
Kata orang, masa itu emas.
Kalau emas, tentulah berharga dan bernilai.
Kata orang lagi, masa itu nyawa.
Boleh terbunuh jika dipersia.


Lihat di sekeliling anda, semua orang sibuk. Tiada yang tidak sibuk.

Saturday, October 9, 2010

Majlis Ilmu



Jom ramai-ramai sertai program...

Thursday, September 16, 2010

Bangun Dari Cuti, Kawan!


Cerita 1




Petang itu, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Nun di sebuah rumah di tepian pantai, di Kampung Nechang, Pengkalan Kubor, Amy (bukan nama sebenar) sedang sibuk mengemaskan barang. Isnin 20hb Okt 2010, akan bermula sesi P&P di UTM. Jadual pantas ditilik. Uh, masa pertama di kelas Ibnu Khaldun, jam 10 pagi. Yosh!

Tuesday, September 14, 2010

Apa Selepas Ramadhan?



الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر ولله الحمد


Alhamdulillah, kita telah berjaya melalui bulan Ramadhan tahun ini, semoga setiap amalan kita diterima Allah S.W.T dan dijadikan pemberat amal di akhirat nanti. Kita panjatkan doa supaya tidak tergolong dalam golongan yang rugi kerana tidak diampunkan dosa walaupun telah menjalani bulan Ramadhan sebagaimana yang telah diungkapkan dalam hadis baginda Nabi Muhammad s.a.w :

Wednesday, August 11, 2010

MENSYUKURI NIKMAT DIPERTEMUKAN RAMADAN AL-MUBARAK...

Assalamualaikum w.b.t


من حديث أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: مَنْ صام رمضان إيمانا ً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه

Friday, April 2, 2010

Salam Imtihan


SALAM IMTIHAN KHAS UNTUK SEMUA WARGA IMPI UTM
MENJELANG PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II 2009/2010.

SEMOGA DOA YANG DIPANJATKAN DAN USAHA YANG DIPERJUANGKAN MENJADI BUKTI KECEMERLANGAN ANDA...


Wednesday, March 24, 2010

Majlis Solat Hajat Perdana Peringkat Universiti

SOLAT HAJAT PERDANA

TARIKH : 25 MAC 2010 (KHAMIS)
MASA : 7.00 mlm - 10.00 mlm
TEMPAT : DEWAN SOLAT UTAMA, MSI.

AMANAT PENGARAH PUSAT ISLAM UTM KEPADA SEMUA PELAJAR SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEM II 2009/2010


- SEMUA STAF DAN PELAJAR DIJEMPUT HADIR -

Wednesday, February 24, 2010

Seminar Pendakwah Muda

SEMINAR KEBANGSAAN PENDAKWAH MUDA

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 2010 (SPM’10)


TARIKH

12-14 MAC 2010


TEMPAT

PUSAT ISLAM UTM DAN

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI


ANJURAN BERSAMA

PUSAT ISLAM, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH (YADIM)

KFC HOLDING

JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR



Jika berminat, muat turun borang penyertaan disini atau dapatkan di pejabat Pusat Islam UTM...



Monday, February 22, 2010

SIMPOSIUM MAULIDUR RASUL 1431H ANJURAN PUSAT ISLAM UTM.


TENTATIF PROGRAM
SIMPOSIUM MAULIDUR RASUL 1431H
PUSAT ISLAM, UTM.

Saturday, February 13, 2010

Wednesday, January 20, 2010

PROGRAM MENGIMARAHKAN MASJID

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH DAN HARTA DALAM ISLAM


PILIHAN TARIKH :
25 JANUARI 2009 (ISNIN)
30 JANUARI 2009 (SABTU)


TEMPAT :
DEWAN AL-GHAZALI,
PUSAT ISLAM, UTM.


ANJURAN :
PUSAT ISLAM, UTM
BADAN KEBAJIKAN STAF (BAKES)


YURAN :
RM60 (Ahli BAKES)
RM80 (Bukan Ahli)
RM20 (Pelajar)
RM120 (Bukan Staf)


FASILITATOR :
DR. HJ. MOHD ISMAIL BIN MUSTARI

TENTATIF BENGKEL :
8.00 Pagi - 6.30 Petang

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI :
Tel. : 07-5537501/05/08
Fax : 07-5537532
Pusat Islam, UTM.

Borang Pendaftaran Boleh Di Dapati Di Laman Web :
'UTM ONLINE'.

Friday, January 15, 2010

FORUM JELAS ISU KALIMAH ALLAH

FORUM JELAS ISU KALIMAH ALLAH

Tajuk : Kalimah Allah : Mencari Satu Kepastian
Anjuran : Pusat Islam dengan Kerjasama PMIUTM
Tarikh : 17 Januari 2010
Masa : 9 malam - 11.30 malam
Tempat : Ruang Solat Utama, Masjid Sultan Ismail UTM


Moderator :
1. Dr. Azhar Bin Mohamed
Pengarah Pusat Islam UTM

Ahli Panel :
1. Ustaz Azmi Syah Suratman
Penyarah Fakulti Tamadun Islam UTM

2. Tuan Hj. Kassin Tukiman
Pensyarah Fakulti Pengurusan

3. Tuan Iqbal Salam
Peguam


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Wednesday, January 13, 2010

GERHANA MATAHARI...


CERAMAH, SOLAT SUNAT DAN KHUTBAH
GERHANA MATAHARI


CERAMAH GERHANA : 8.00 PAGI - 10.00 PAGI (DEWAN SENAT)
SOLAT SUNAT DAN KHUTBAH GERHANA : SELEPAS SOLAT ASAR (MSI,UTM)

SEMUA PELAJAR DIJEMPUT HADIR