Monday, February 28, 2011

Multaqa SPI

Multaqa SPI diadakan pada 16 Februari bagi memperkenalkan organisasi terbaru bagi sesi 2011/2012. Majlis Multaqa telah berlangsung di Dewan Al Marbawiy, Fakulti Tamadun Islam. Secara tidak langsung, majlis mempertemukan kesemua mahasiswa SPI daripada tahun 2 hingga tahun 4.

Antara jemputan hadir bagi merasmikan dan menyerikan majlis ialah Dekan Fakulti Tamadun Islam, PM. Hj Azmi Shah Suratman.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan bacaan oleh saudara Mohamad Farouk Mohd Nasir. Majlis kemudian menjemput PM Hj. Azmi Shah Suratman untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Multaqa SPI.

Sebelum majlis penyerahan kepada kepimpinan baru IMPI, majlis terlebih dahulu menjemput Amir IMPI bagi sesi 2010/2011, saudara Tuan Mohd Khairi Tuan Soh memberikan ucapan dan seterusnya menyerahkan teraju kepimpinan IMPI kepada Amir baru bagi sesi 2011/2012, saudara Md Hamzaimi Azrol b. Baharudin.

Amir IMPI baru kemudiannya memberi ucapan sulung beliau di hadapan 102 mahasiswa SPI. Di dalam ucapannya, beliau mengajukan cadangan-cadangan baru berkenaan dengan usrah antara SPI yang diberi nama Eeman Circle yang akan dijalankan sem ini juga. Beliau mengharapkan kerjasama dari semua ahli IMPI bagi memantapkan lagi gerak kerja seterusnya melahirkan mahasiswa SPI yang berkaliber.

Antara yang sempat dirakamkan :

Thursday, February 10, 2011

Eeman Circle (EC)



Assalamualaikum wr. wb.

Alhamdulillah, untuk sesi semester kali ini, IMPI telah merancang suatu program berkala buat semua mahasiswa/i SPI bermula daripada tahun 2 hingga tahun 4. Program yang dimaksudkan ialah Eeman Circle (EC). Sebetulnya, program ini wajar diberitahu dalam liqa', namun atas beberapa masalah, ia tidak dapat dilakukan dalam tempoh terdekat. Jadi, blog ini dijadikan wadah untuk menyampaikan maklumat, seterusnya untuk tindakan susulan.

Berikut disenaraikan kumpulan-kumpulan bagi Eeman Circle (EC):

Friday, February 4, 2011

Usrah, Study Dan Jongkang-Jongket


Mari refleksi diri, moga bermanfaat.

                                              ********

Lia, jomlah pergi usrah.
Lia, jomlah gi surau, berjemaah.
Lia, jomlah dengar ceramah.
Lia, ummah semakin koyak..
Marilah Lia, semampunya kita bangkit mengubah.