Wednesday, October 21, 2009

SALAM IMTIHAN...



MA'AN NAJAH FIL IMTIHAN AKHIR



"Study Smart" khas buat semua warga IMPI. Semoga minggu peperiksaan kali ini, kalian semua masih diberikan kesihatan, kekuatan dan semangat oleh Allah SWT. Seperti biasa setiap semester, masa inilah yang dianggap saat genting untuk menentukan setiap apa yang dipelajari itu memberi kesan kepada diri kita.

Untuk adik-adik Tahun 1 yang baru melangkah ke bumi UTM, selamat menempuh pengalaman pertama dalam menempuh peperiksaan akhir. Mungkin sama seperti sebelumnya, cuma yang berbeza hanyalah persekitarannya. Jika rasa ia pengalaman pertama, janga malu dan segan untuk meminta bantuan daripada abang-abang dan kakak-kakak senior. Mereka lebih berpengalaman.

Kepada senior-senior tahun akhir, kuatkan semangat untuk teruskan pengajian anda. Masa masih ada untuk memperbaiki segala kesilapan lalu. Susungguhnya setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Score yang terbaik untuk peperiksaan kali ini. Kepada mereka yang rajin menulis nota, jangan lupa untuk dikongsikan rahsia kejayaan anda bersama rakan. Ingatlah, kedatangan kita disini adalah untuk mencapai kejayaan bersama.

Istimewa buat pelajar semester akhir, penat lelah anda hampir pada penghujungnya. Tetapi harus diingat bahawa misi masih belum selesai. Masih jauh lagi perjalanan yang harus ditempuhi. Selepas ini cabaran dan rintangan dunia luar menanti anda. Jangan terlalu bimbang dan terlalu yakin. Gunakanlah segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi selama 3 setengah tahun pengajian anda di UTM. Perhubungan dengan pensyarah dan sahabat-sahabat perlu diteruskan walaupun sudah meninggalkan bumi UTM.

Kepada pelajar-pelajar tahun 2, salam imtihan diucapkan. Buat yang terbaik untuk masa depan anda semua. Kepada pelajar tahun 3, masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat kembali semula ke UTM. Diharap pengalaman Latihan Mengajar memberi impak yang besar kepada diri anda. Umumnya untuk semua pelajar SPI, anda semua bertanggungjawab dalam memastikan bahawa IMPI dikenali ramai disebabkan aktif dalam pelbagai aktiviti. Syukran. wassalam.